Friday 13 January 2012

Stroke

Stroke atau angin ahmar, bukan sesuatu yang luar biasa.



Biasanya sebelum kena stroke, seseorang itu ada dihadiri dengan tanda-tanda tertentu yang dikenali sebagai Transient Ischemic Attacks (TIA). TIA can be defined as brief neurological deficit (brain or retinal) with clinical symptoms typically lasting < 1 hour without evidence of infarction on brain imaging. 3-17% daripada orang yang mengalami  TIA akan kena stroke dalam masa 90 hari, dan paling banyak ialah dalam masa 30 hari yang pertama. Manakala, 18.8% daripada orang yang ada TIA ini akan kena stroke dalam masa 10 tahun.

Benar, segala-galanya adalah dengan izin Allah.

Ada dua jenis stroke. Pertamanya iaitu yang paling biasa, ialah stroke iskemia. Stroke iskemia disebabkan saluran darah ke otak tersumbat menyebabkan darah tidak sampai ke otak, kesannya sel-sel otak yang terjejas. Keduanya ialah stroke pendarahan bilamana berlaku pendarahan atau salur darah ke otak pecah menyebabkan darah tidak sampai ke tisu-tisu otak, tambahan pendarah akan memberikan tekanan kepada otak itu sendiri.

Apakah tanda-tanda stroke? Mari kita tengok apakah tanda-tanda yang terkenal
  • Kebas dan rasa lemah di muka, tangan dan kaki secara tiba-tiba-94.1%
  • Ragu-ragu (confuse), susah untuk bercakap, dan susah untuk memahami percakapan, secara tiba-tiba- 87.9%
  • Susah untuk berjalan, pitam, hilang keseimbangan badan secara tiba-tiba -85%
  • Susah untuk melihat samada sebelah atau kedua-dua belah mata secara tiba-tiba-68.1%
  • Sakit kepala tanpa sebab secara tiba-tiba-61.3%
  • Sakit dada-38%
Kenapa penting? 

Sebab biasanya pesakit selalu mengabaikan tanda-tanda ini, dan akhirnya terjadilah stroke. Penting untuk masyarakat didedahkan dengan tanda-tanda stroke dan dengan bersegera ke hospital untuk mendapatkan pengesahan dan rawatan untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi teruk, dan kekal!

Orang yang mempunyai ciri-ciri di bawah mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat stroke.
  • Darah tinggi. Boleh dikatakan top 3 hero yang menyebabkan stroke. Kita boleh mengurangkan risiko stroke sebanyak 50% dengan mempunyai tekanan darah lebih rendah dari 120/80 (macam saya)
  • Kencing manis. Teman rapat darah tinggi, antara top 3 juga.
  • Merokok. Juga termasuk dalam top 3. Dua kali ganda risiko dapat stroke.
  • Atrial Fibrillation. 5 kali ganda untuk dapat stroke.
  • Cholesterol tinggi. Cholesterol jahat (low HDL) tinggi dan cholesterol (High LDL) baik rendah. Aktiviti fizikal seperti sukan, jalan-jalan, dan bekerja boleh mengurangkan risiko stroke. Hampir 40% pengurangan risiko stroke di kalangan orang-orang yang aktif.
Info penting, sebanyak 80% pengurangan kejadian stroke dengan rawatan awal. Tu penting pergi berjumpa doktor awal-awal. Doktor pun penting untuk mengenal pasti lebih awal supaya boleh diberikan rawatan yang setepatnya.

Peratusan-peratusan ini adalah berdasarkan data yang diambil dari bancian di United States.

Apa-apa pun, semuanya dengan kehendak Allah. Kita cuma berusaha yang terbaik.

Baiklah, 15 minit waktu rehat sudah tamat. Jika keluar soalan stroke dalam exam nanti, sukanya.

p/s: Wujudkah kelas terjemahan terminologi perubatan inggeris ke dalam bahasa Melayu? 

0 comments: