Sunday 8 January 2012

Sempadan

Semua perkara ada sempadannya. Penternak lembu tidak boleh parking lembunya melebihi sempadan tanahnya. Seorang pekebun terung tidak boleh pergi bercucuk tanam terungnya di kebun orang lain.

Selagi mana masih berada dalam sempadan, ianya selamat. Bila sengaja keluar sempadan, itu cari nahas namanya.

Sama juga dalam perubatan. Ada sempadan selamatnya. Kuantiti segala bahan dalam badan kita boleh berubah, asalkan masih berada dalam paras normal. Jika terkeluar daripada sempadan ini, samada terlebih tinggi, atau terlebih rendah, sesuatu tidak betul sedang berlaku

Maka, pelajar perubatan, ingatlah safe reference interval ini. Ini paling asas. Prof Mary Leader sudah mewajibkan semua pelajar perubatan RCSI untuk hafal. Takde lah setiap masa perlu buka buku untuk nak semak. Yer, pesanan khas untuk diriku yang sangat bergantung kepada buku.

HOCM 8ed


.......

Sempadan yang selamat, jika ingin dilihat dari sudut yang lebih besar dan bermakna, renungilah pesanan di bawah



Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: 
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Selamat.

0 comments: