Timing kena kurang dari 10 minit.
1..2..3, mula!
Ada seorang kawan bercerita sambil makan malam. Agak menarik sebenarnya cerita itu.
Katanya, perkara dunia ni mahal, manakala akhirat itu murah. Aku pada mulanya fikir dia tersilap sebut. Sebab selalu orang kata akhirat itu mahal harganya.
Ternyata dia tidak silap. Memang dia maksudkan begitu. Yer, begitu..iaitu dunia itu mahal, akhirat itu murah.
Tegasnya lagi....cuba tengok.
Nak masuk masjid mana kena bayar. Tapi kalau nak masuk tempat seperti panggung wayang kena bayar.
Nak guna application Quran,zikir, hadis 40, waktu solat dan yang seangkatan dengannya dalam smart phone, rata-rata free sahaja application itu. Tapi kalu application permainan, komunikasi, rata-rata berbayar.
Kos umrah adalah lebih murah berbanding kos melancong ke tempat-tempat lain dengan bilangan hari yang sama, pengangkutan yang sama, dan penginapan yang sama.
Sedeqah 10 euro boleh dikatakan dah banyak sangat dah, manakala membeli gadget bernilai 10 euro dikira paling murah sekali.
Kelas belajar agama di surau surau atau di mana-mana biasanya tidak dikenakan bayaran, atau pun hanya sedikit sebagai upah kepada yang memberi pengisian. Cuba tengok kelas belajar piano dan seangkatan dengannya, berkali-kali ganda bayarannya.
Banyak lagi celotehnya yang aku pun sudah tak ingat.
"Cuma, dunia ini mahal dan akhirawi itu murah...pada nilaian wang. Pada nilaian Allah, akhirawi itulah yang lebih mahal, langsung tidak terbanding dengan hal-hal duniawi ...Malang sekali, kebanyakan manusia, memandang yang mahal pada nilaian wang"
Ayat last dia memang menarik. Ternganga aku walaupun mulut penuh dengan makanan.
Sekian.
Brain tumour, here i come!!
p/s: banyak juga perkara duniawi jika diniatkan dan kena caranya, akan turut membantu saham akhirat.

0 comments:
Post a Comment