Semester baru, IC3. Hari kedua rotation di Blackrock Hospital.
Bersama 5 rakan yang lain. Hanya aku seorang malaysian, hanya aku seorang muslim. Dan aku paling pendek, tetapi tidak mengapa kerana hanya kalah tipis dengan perempuan paling pendek dalam kumpulan ini. Memaksa aku untuk selalu berada di hadapan untuk mengelakkan daripada terjinjing-jinjing mendengar bedside teaching.
Blackrock Hospital. Perjalanan hampir 10 km. Mengambil dua buah bas. 1 jam total masa perjalanan. Melalui pinggiran pantai. Sebuah hospital swasta yang sangat mewah menyamai hotel. Mempunyai ranking JCI (Joint Commission International) yang sangat tinggi. Hospital yang pertama memulakan operasi PET Scanner di Ireland, dan yang pertama sekali menawarkan 64 channel Cardiac CT Scanner untuk menghasilkan imej 3D dan 4D jantung. Mempunyai lima tingkat yang setiap satunya dibahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu seperti med/surg orthopaedic, med/surg cardiology, oncology/general unit, dll. Istimewa, its being run by consultants!
Penat dek exam IC2 masih lagi terasa. Suasana baru, kawan baru. Harapnya 2 hari sudah memadai untuk melembutkan lidah yang sudah lama tidak berbahasa inggeris. When was your last submission? .Oh i mean admission. Im going dood... arrrr...'im doing good' actually. Topik perbincangan bersama rakan sekumpulan yang berkenaan pilihanraya US, football, dan seangkatan dengannya menyebabkan aku sedikit bisu, dan memberi penanda untuk aku lebih peka dengan isu semasa supaya boleh masuk geng.haih. Seorang sahaja menyebabkan aku sedikit bersendiri, paling terasa apabila tiba waktu solat. Bahagian belakang chapel menjadi pilihan buat masa ini. Gabungan suasana dan keadaan yang sememangnya mendidik diri untuk lebih berdikari.
Setiap orang dibahagikan mengikut floor. Dan aku ditempatkan di floor 3: Medical/Surgical & Orthopaedicsepanjang minggu ini. 39 bilik, semuanya single, menempatkan patients yang rata-rata mempunyai kaitan dengan orthopaedic. Beruntung kerana semua nurses dan staff di sana peramah, dan mengalu-alukan kedatanganku. Rutinku di ward itu membelek2 charts, berbincang dengan doktor ataupun nurses, dan melawat patients untuk melakukan history taking dan physical examination. Polisi hospital ini yang melarang pemakaian white coat sangatlah menyenangkan pergerakan. Ditambah pula dengan saranan untuk menyinsingkan lengan kemeja, sangatlah menyelesakan. Adakalanya terbit juga rasa bosan, tetapi teringatkan pesanan kawan-kawan sebelum ini utk practice sebanyak mungkin, diteruskan juga. Rasa bersyukur kerana walaupun mereka semua kaya-kaya, datang ke hospital swasta, tetapi sangat berbesar hati untuk memberi kerjasama sehabis baik yang mereka mampu. Ada masanya aku dihantar ke unit-unit tertentu, seperti Unit Cardiology hari ini. Sangat terkesima melihat transoesophageal echo buat kali pertama.
8 hari masih berbaki sebelum berpindah ke hospital@clinic lain. Bermaksud 8 hari yang harus digunakan sehabis baik untuk mengutip segala macam peluang di hospital itu.
Permulaan baru untuk fasa clinical.
......
Post ic2 exam.Biasa mendengar orang mengatakan:
Sudah buat yang terbaik. Tawakkal Allah akan beri keputusan yang terbaik.
Sebenarnya bukan mudah untuk mengungkapkan ayat di atas. Pertamanya, berkenaan "sudah buat yang terbaik" kerana untuk mencapai usaha terbaik bukanlah senang. Ringkasnya, hanya diri kita sendiri yang tahu adakah kita sudah ataupun belum berusaha sehabis baik. Keduanya, bukan mudah untuk redha dengan segala apa keputusan yang diberikan, lebih-lebih lagi jika kurang daripada yang dijangkakan, setelah segenap kudrat dicurahkan, dan menyedari besarnya pertaruhan peperiksaan ini. Ketiganya, noktah. Tanpa sebarang rungutan, ataupun alasan.
Ala kulli hal,alhamdulillah. Sudah buat yang terbaik. Tawakkal Allah akan beri keputusan yang terbaik.
Sebahagian daripada rakan-rakan akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat. Tipulah jika tidak terasa langsung kehilangan. Apatah lagi rakan-rakan yang sama-sama susah senang. Walaupun dengan kecanggihan segala macam teknologi, hakikatnya jarak, perbezaan masa, dan pembelajaran, menyebabkan aku sedikit kelu untuk menghadapi hari- hari mendatang.
Pengakhiran untuk fasa pre-clinical.


1 comments:
baguslah cuba enjoy dengan rotation. xtau plak blackock secantik tu.
anyway,dood luck (er,i mean good luck!)
Post a Comment