Wednesday 4 January 2012

Dorongan

Bismillah.


Dorongan ke arah kebaikan. Bukan senang nak dapatkannya.Tetapi, apabila dikurniakan dorongan itu, jaga ia sebaiknya. Kuatkan ia dari semasa ke semasa. Dan sahutlah dorongan itu, tanpa bertangguh.

Peringatan yang sangat mendalam oleh Cikgu al-Habib Ali al-Jufri. Tak rugi tonton.



Diceritakan kepada kamu Allah swt memanggil pada setiap malam iaitu pada akhir malam, "di mana mereka yang memohon ampun, di manakah mereka yang bertaubat, di manakah mereka yang ada hajat?" 

Ketika mana kamu mengetahui Allah membentangkan pengampunannya di malam hari untuk mengampunkan mereka yang berdosa di pagi hari, dan membentangkan pengampunnanya di pagi hari bagi mengampunkan mereka yang berdosa di malam hari.

Bagaimana pula respon kita? 

0 comments: