Saturday 28 January 2012

Blackrock

Seminggu pertama di Blackrock Clinic& Hospital.


Alhamdulillah, boleh dikatakan satu permulaan yang baik.

Secara ringkas, kelebihan di sini ialah


  1. Makanan cafe yang sangat murah. Dan makanan sangat pelbagai, dibuka bila-bila masa.Luas dan selesa.
  2. Peralatan perubatan yang boleh dikatakan sangat canggih dan berteknologi tinggi.
  3. Mewah, dilihat dari sudut ward, lift, tandas, dll
  4. Nurse yang sangat baik, memberi kerjasama dan menghormati kami.
  5. Patient yang sangat peramah, suka untuk berbual walaupun menyebabkan hx taking menjadi sangat lama.
  6. Doctor yang sangat sangat bermurah hati utk memberi tutorial. Terbaik ialah Dr Lahare, Dr Derek, Dr Ellein, dan Dr Helmin. Ejaan nama adalah berdasarkan tekaan bunyi nama.
  7. Staf di semua departments yang sangat willing utk explain dan tunjuk bagaimana mesin2 berfungsi spt MRI, CT Scan, angiogram, TOE, Pet Scan, stress test dll. Datang bila-bila masa, dan akan dilayan.
  8. Sistem yang baik utk nak elakkan hospital acquired infection.
  9. Pembahagian ward yang sangat sistematik memudahkan utk menguruskan px.
  10. Tidak perlu memakai labcoat. 
  11. Dll
Mungkin beberapa kekurangan yang terperasan.
  1. Tiada prayer room utk muslim. 
  2. Tiada halal food utk muslim.
  3. Bilik untuk meletakkan barangan students mempunyai hanya satu kunci, dan di luar bangunan utama.

Cumanya kekurangan pertama dan kedua dpt difahami memandangkan keutamaan hospital kepada pelanggan kerap mereka. Dan kekurangan ketiga bukanlah besar sangat nak dibandingkan tujuan utama kami ke sini.

Teringat cerita bondaku pengalamannya apabila dihadiri oleh pelajar perubatan di HUSM satu ketika dahulu.  Dan kini, setiap kali aku berjalan menuju ke arah patient, aku akan teringat ceritanya itu, dan membayangkan jika bondaku di tempat patient itu. Dan bertanyakan soalan sebaik mungkin, dan melakukan physical examination selembut mungkin.

Namun, bab tersasul tidak dapat dielak. Senyum sahaja melihat reaksi pelik mereka. Mereka mungkin dapat menerima seadanya sekiranya mereka tahu dari mana aku datang~ 

Dan pertanyaan lama muncul kembali.."Minat untuk mecari pengalaman kerja di sini?"

1 comments:

Aisar said...

ayat last 2 penuh dgn pertanyaan... renung2 kan n ak terus termenung...
lalallaa....