Everything has beauty, but not everyone sees it.

Saturday 23 May 2009

.:. .:. .:. .:.

Wednesday 20 May 2009

Hujan



Tak terhitung rintik-rintiknya
Jatuhnya tak terhalang
Membasahi bumi yang kontang
Lopak2 air di sana sini
Udara yang panas berubah segar
Bau tanah basah sukar dilupai
Memenuhi dadaku
Kesejukan yang membahagiakan
Lesap penat dibilas air hujan
Pohon dan tanaman bernyanyi
Bertasbih bersyukur
Tawa anak2 bergema
Memanggil pelangi

Sekali lagi...
Kau turunkan berkatMU
Alhamdulillah

Mercer Library,
4:02pm. 20 Mei

   p/s:sekadar merakam kenangan lalu

Sunday 17 May 2009

simple updates from home..

Berpeluang mencalling family...

rasanya dah lama tak call guna YM. sejak ada VoipZoom, call hp jer.. Pagi ni semangat nak guna webcam. Nak tangok wajah mama dan papa..serta adikku Azam dan Hafiz..Tapi hampeh. Komputer kat umah baru reformat, so webcam tak install lagi...urm..dugaan..tp takpe..Ada hikmahnya....

Ibuku memaklumkan beberapa perkara.Ttg adik-beradik di umah takpun di asrama. Nak tergelak pun ada.Miss home already..InsyaALLAH less than 1 month lagi utk pulang ke kampung halaman.

Abangku selalu tak balik umah time weekend. Busy ngn kerja dan assignment. Ayahku kata dia curiga..hahaha..mmg entah apa2..

Adikku di Maktab Perguruan Cheras baru settle isu dibuang asrama. Rayuan diterima. Bukan salah apa pun. Sebab masak dlm bilik. Lantas menimbulkan risiko kebakaran kpd phuni asrama y lain. Ayahku menyalahkan ibuku yang menggalakkan anak2 membeli peralatan elektronik-periuk serbaguna..haishhh..nnti balik umah, masak banyak2..

Adikku di ASIS sdg dalam 2nd exam week. Harap2nya success. Tak lama lagi smua balik bercuti kat umah. Aku jer duk sini..urm...huhu

Adikku di MRSM Kuala Berang mula exam ari ni...exam yang  lps katanya dpt no 30 dalam batchnya.Not bad. Teringat aku dulu di MRSM Beseri no 137..angka keramat..hahaha..

Adikku ppuan y sorg ni bakal exam 2 ari lagi..urm...baru tingkatan 1.harap2nya success. Jangan sampai turun kelas sudah..huhuhuhu..believe in urself

Adikku yang klas 3 dah abis exam. Tergezut aku bila tau dia dpt n0 30 dalam klasnya... (out of 33 i guess)..urm...ibuku kata dia sakit gigi time exam week..boleh percaya ker??? time aku kecik2 dulu, kalu demam pun akan sembuh bila tiba nak exam..urmmm

Adik bongsuku, 6 tahun yang blajar di Tadika Pasti juga dah abis exam.dpt no 4.waaa. syabas no0~~ibuku kata dia dah pandai membaca.. HADI ADA KUDA.KAKI KUDA HADI ADA DAKI...hahaaha..teringat aku yang boleh membaca hanya bila darjah 2...haishh

then, update utk diri sndiri...aku masih di desa dublin. cam banyak pulak kerja..harap2nya ALLAH permudahkan. ikhlasnya, mmg menunggu mase nak balik umah jer.Moga Allah kurniakan kesempatan.InsyaALLAH.all the best utk exam






'study rajin2 kalu nak cuti lama' pesan ibuku
...insyaALLAH mama, akan sambung study lepas tulis entry nih


Ya Allah, Kau selamatkanlah ahli keluargaku dari sebarang bencana, rapatkan hubungan kami, semaikan kasih-sayang antara kami, berikan kejayaan kepada kami, dan himpunkan kami di syurgamu kelak..Amin

Assalamualaikum wbt.

Friday 15 May 2009

Untukmu....Sejuta Penghargaan


"Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang DIBERI ILMU PENGETAHUAN" (al-Mujadalah : 11 )












Orang kata,
Guru2 adalah umpama
Ayah dan mak di sekolah...
Mengajar menulis, membaca dan mengira...

Namun bukan itu saja,
Didikan mereka meluas...
Peribadi, tutur kata, penampilan,
Semuanya diajar...

Kekadang terfikir, 
Tidak bosankah mereka?
Bergelumang ngn kanak-kanak,
Yang jauh lebih muda drp mereka...
Yang kurang matang berbanding mereka

Dan di waktu ini, 
Aku mula memahami,
'Menjadi Cikgu' bukan 'pekerjaan' semata2
Bukan syarat utk mendapat gaji sahaja..
Bukan mengisi waktu weekdays jua..
Bukan se'simple' yang disangka...

Jadinya seorang guru,
Amanat tergalas di kedua-dua bahu,
Mendidik anak-anak baru,
Yang asalnya apa pun tak tahu...

Hadirnya Guru mewakili sejuta buku,
Tabah dan cekal menurunkan ilmu..
 Penat lelah tidak mengira jemu,
Rela mengorbankan masa dan waktu
Kerna, anak didikan adalah no satu

Terima kasih Cikgu,
Kerna...
Mendidikku,
Membimbingku,
Bersabar denganku,
Memarahiku,
Mendoakanku,
Memberkatiku,
Menghalalkan segala ilmu
 Ikhlasnya,
Aku sgt rindu kpd cikgu2ku dulu

Akhir sekali terimalah dariku
Selamat Hari Guru..


Tadika Pasti Perumahan Beris Kubur Besar (Bachok)
Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi, Bachok
Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok
MRSM Beseri, PerlisItalic
Kolej Mara Banting, Banting.
Kolej Pembedah diRaja, Ireland


Selamat Hari Guru utk semua insan yang pernah menjadi guru2ku..Pertamanya, kepada kedua ibu bapaku yang juga merupalan guru, dan juga kepada abang dan adikku yang bakal menyumbang dalam profession keguruan ini...InsyaALLAH..

Sepanjang mula persekolahan seawal umur 5 tahun hingga sekarang, tahun ni lah yang takde Sambutan Hari Guru..urm...tak tahu nape tak celebrate kat sini... Kemudian tgok 'My Picture' dlm laptop, ada la sket gambar2 cikgu2 ku dulu.. Dulu katKMB, specificnya M06C, kami slalu bawak kamera datang klas, then curi2 amek gambar cikgu...hahahaha...kadang2 kalu tgok mood cikgu baik, ajak cikgu amek gambar skali...mmg cam agak kurang matang...hahaha..biasalah..kat KMB kan smua dilayan cam kanak-kanak..hukhuk...kesannya, aku hanya ada gambar guru2 kat KMB...kat skolah2 lama sgt sket gambar..haishh

Apa2 pun, entry ini sekadar lambang ingatan buat guru2ku..insyaALLAH akan kembali melawat sekembalinya ke Malaysia nanti.


Ya Allah, kurniakan kesihatan yang baik kepada guru2ku...kebahagian di dunia dan akhirat...dan khudrat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.




Gambar hiasan waktu bersama guru2 :)














Saturday 9 May 2009

Mampukah aku membalasnya?


Untuk sukarnya mengandungkan diriku;
Aku tidak mampu membalasnya...

Untuk nazaknya ketika melahirkan diriku;
Aku tidak mampu membalasnya...

Untuk jenguhnya jagaan semasa usia kecilku;
Aku tidak mampu membalasnya...

Untuk peningnya mendidikku seawal di buaian;
Aku tidak mampu membalasnya...

Untuk banyaknya duit terpakai sepanjang kehidupanku;
Aku tidak mampu membalasnya...

Untuk setiap masa diluangkan bila aku memerlukan;
Aku tidak mampu membalasnya...


Untuk mama yang selalu diingati dan dikasihi

Terima kasih kerana:
Sentiasa mendoakan Ee
Sentiasa memberi dorongan kpd Ee
Sentiasa menghiburkan Ee
Sentiasa membimbing Ee
Sentiasa prihatin akan Ee
...
 


Mohon ampun kiranya:
Ee ada terkasar kata
Ee ada tersalah perlakuan
Ee ini membebankan
...

Akhir kata...
Terima kasih utk segalanya.
Selamat Hari Ibu.
Jasa dan pengorbana menjadi ibu kpd 7 putera dan 1 puteri hanya Allah yang mampu membalasnya.

Ahmad Zafrullah Zaki
Ahmad Zafrullah Afham
Mohd Taqiyuddin
Mohd Khairul Adian
Mohd Amiri
Siti Fatimah El-Zahraa
Mohd Azamuddin
Mohd Hafizuddin





p/s: every day is mother's day..
hampeh sungguh takleh upload video..haishhh..