Agak lama yer diri ini tidak dikurniakan kesempatan untuk menulis. Banyak sebenarnya ingin dikongsi, terutamnya untuk ahli keluarga di Metropolis Bachok. Apatah lagi sekarang musim bunga yang kecantikannya tidak terhurai dengan tulisanku yang serba kekurangan ini. Subhanallah.
Beberapa hari lepas, berjaya akhirnya meluangkan sedikit masa utk sama2 berjalan di bumi ALLAH. Cuti 2 minggu menyaksikan ekspedisi Ee bersama rakan2 ceria dan girangnya ke bumi Belfast dan juga Dublin. Mungkin boleh disebut di sini siapakah kawan2 itu- Aus, Iqbal, Luqman, Nizam, Mas, Yunus etc. hohoho
Maka kali ini, sukanya saya ingin berkongsi tip2 untuk mengambil gambar. Cumanya ingin dikecilkan skopnya kepada gambar lompatan atau bahasa daerahku menyebut 'jump shot'... AMARAN: tip-tip ini hanyalah berdasarkan pengalaman aku sahaja. kalu tak stuju tak kisah la. boleh hubungi aku secara senyap2..hohoho (nada serius)
ok, kita akan bahagikan tip2 ini kepada 3 bahagian iaitu sebelum, semasa, dan selepas amek gambar. Tapi aku suka untuk menambah tip2 tambahan (istimewa punya) khas utk pembaca blog Kampung Boy sahaja..hahahahaha (budget famous)..ayuh (dengan gaya dan nada seorang klasmet ku)
SEBELUM
- pilih tempat yang elok. Mmg smua tempat boleh lompat. Kat dapur ker..tapi tak de makne. Sempena musim bunga ni, gi la cari tempat2 lawa sket.
- warming up. penting untuk otot2 kaki..ingat. otot apa utk melompat? gluteus maximus kot~. klau tak warming up, akan kekejangan nanti maka akan pulang dengan bad mood. so patuhi tip ini.
- set frame. main lompat tinggi2 nanti terkeluar dari frame tak guna jugak. nanti menyesal tak sudah. silap2 kepala takde.
- tengok sekeliling. Kalau ada ramai sgt, jangan lompat lagi. takut mreka akan mempunya pandangan yang buruk kpd Malaysian. mana tau kot2 diorang heboh Malaysian ni abnormal. segan gak la. (khas utk org2 di ngra selain malaysia)
SEMASA
- Guna wide lense.sebabnya gambar akan nampak lebih bertenaga dan beremosi sekiranya backgroud mantap2 dan luas.untuk gambar2 smua ni, Nabil guna 10-22mm wide angle lens kamera Canon e0s
- Amek pandangan bawah. supaya lompatan akan nampak tinggi walaupun jarak sebenar hanyalah sejengkal. Penting utk orang2 yang mempunyai bebanan berat yang lebih (tidak merujuk kpd diri sendiri)
- Guna self-timer. Sebabnya jurugambar pun nak masuk jugak. Kesian la dia duk amek gambar sahaja. Lompat ramai2 boleh merapatkah ukhwah.
- Guna tripod. Disebabkan guna self timer, kalu letak atas tanah jer, kemungkinan akan senget. 1 lagi kalu kamera rendah sgt, gambar akan gelap. so better guna tripod. boleh adjust ketinggian.
- Kira. Hendaklah sorang sahaja yang mengira. Kalu smua kira, serabut. Lagi satu, pastikan kira dalam bahasa yang difahami. Tak guna nak tunjuk hebat kira dalam bahasa Urdu kalau 'lompat'mate tak faham. Kiraan ini melatih kita supaya taat kepd pemimpin. Bila ckp 1...2..3..LOMPAT. isu kepimpinan di situ
- Guna multiple shots. Mungkin dalam 10 shots tu, dalam 4 kali lompatan, satu akan berhasil.1 lagi, kita akan dapat menyaksikan transisi kita drp loading, lompat dan mendarat. sungguh lucu (yer, lucu)
- Shuttle speed kena tinggi.
SELEPAS
- Jangan lupa check balik gambar tu. Kalu tak elok boleh lompat lagi sehingga mitochondria anda kehabisan ATP (konsep salah)
- Berjamu selera. Sesungguhnya banyak tenaga habis sebab melompat. so jangan zalim terhadap badan. Isikan dengan makanan. Berkelah atau picnic pun mantap
- pastikan aurat tidak kelihatan. Ingat!!! Mendedahkan aurat itu haram. Pstikan tali pinggang kemas.
- Buat muka bersemangat!!! Ekspresi muka boleh mempengaruhi ketinggian.
- Jangan malu serta segan. Tonjolkan diri anda. Ekspresikan dirimu.
- Sesuai utk laki je kot~~~
sekian sahaja. harap bermanfaat.
assalamualaikum wbt
sekadar gambar perjalanannanku bersama teman2...
sudah terkenang2 keluarga di rumah.moga Allah panjangkan umurku dan ahli keluargaku untuk kembali bersua. InsyaALLAH. Amin

