Everything has beauty, but not everyone sees it.

Sunday 22 March 2009

Kembali terngiang

Assalamualaikum wbt

Banyak perkara yang berlaku dalam 2-3 minggu ni. Ikhlasnya, memang tak menang tangan aku dibuatnya. Bermulanya Cuti-Cuti Musim Bunga (CCMB) , maka secara rasminya bermulalah pengalaman aku dalam mengendalikan program (terbukti kucar-kacir).Namun, aku tetap bersyukur, program Cooking Competition(y aku in charge bsama ahli Lajnah Ekonomi dan Lajnah Perhubungan Penerangan) yang julung2 kalinya diadakan di Dublin ni mendapat sambutan, walaupun di saat2 akhir. Di sini aku selitkan sedikit gambar.
















Dalam kekalutan ini, aku amat terkenangkan keluarga di rumah. Apatah lagi sekarang ini cuti pertengahan semester. Bukan homesick yer..hehe.Sekadar ingatan. Dan lewat petang Sabtu ini, sementara ada sedikit masa lapang, sempat ku bangkitkan peristiwa2 y belaku pada satu masa dulu. Agar aku tidak lupa diri. Walau di mana aku berada.


Ayahku mempunyai kebun buah-buahan di Chiku. satu kawasan berhampiran Gua Musang Kelantan. Bersama sahabat2 perjuangan, ayahku membuka satu kawasan hutan untuk dibangunkan sebagai ladang lewat tahun 1991. Aku masih kecil mase itu. Ayahku memang minat berkebun. Pelbagai jenis ditanamnya. Langsat, durian, rambutan, dan banyak2 lagi (tak tau bahasa surat. Aku suka pergi ke kebun itu, bersama adik beradik untuk membantu (lebih kpd menambahkan beban) ayahku membersihkan kebun.Perjalanan 3 jam dari Bachok ke Chiku memang menyeronokkan, apatah lagi bila pergi bersama saudara mara. Kat sana tiada bekalan elektrik mahupun air. Waktu malam bertemankan cahaya pelita dan juga bulan dan bintang di langit. Bunyi unggas kuat giler. Kunang-kunang pun banyak. Colourful.

Kenapa seronok? Sebab waktu tu masih kecil. Lebih kurang darjah 5 atau 6.Waktu malam main bakar serangga yang datang ke pelita. Main air lilin. Aku ingat lagi yang ayahku sangat marah dan hampir menggosok cili kat mulutku (sebab mulut celupar) apabila aku mengatakan aku nampak mata harimau di bawah pondok yang kami menginap. Rupa2nya itu mata kucing. Fuh fuh.

Kenapa seronok? Sebab kat sana takde bekalan air paip. so mandi kat sungai. amat sejuk air bukit. main terjun2 sampai keruh air sungai. adik beradikku pun sama. lompat dan mandi sampai letih. kadang2 sampai sejam mandi sungai. Serak suara ibuku menjerit supaya behenti berkubang dalam sungai. Hurm.. ampun. nikmat yang tak dapat ditinggalkan.

Kenapa seronok? sebab boleh masuk kebun dan bantu ayahku. Ayahku pernah cakap "anak-anak laki kena pandai dan gagah nak hayun parang". Benar. Berpeluh2 aku dan adik beradikku membersihkan salah satu kebun ayahku. letih tak terkira. Lenguh. Kulit melecet. Dalam 30 minit je bekerja, rehat sambil makan bekalan pulut kelapa yang disediakan sebelum ke kebun. Kerja 30 minit. Makan hampir 1 jam. Ayahku hanya menjeling dari jauh. Kami adik beradik duk makan. Sekali lagi ampun. Dalam hutan macam2 jumpa. Tapak kaki takpun najis khinzir, gajah, harimau, memerang dan sebagainya.Gerun dan cuak. Tapi seronok.

Kenapa seronok? sebab banyak pokok2 yang ditanam telah berbuah. Satu kali tuh, kami dengan gigihnya memanjat pokok rambutan dan langsat utk dibawa balik ke bachok, bagi kat sanak-sedara. Penuh kereta Unser dengan buah. Pengalaman dikerumun kerengga yang memang tak berperi kemanusiaan(mmg pun) menggigit dan meratah daging2ku (sbb tu kurus smpai skrg)..









urm, memang takde nilai sgt entry ni buat org lain. tapi untuk diriku, kenangan ni sgt manis. untuk disimpan kemas di dalam sanubari setiap masa.

Ya Allah, selamatkan ahli keluargaku. Kurniakan kami kebahagiaan di dunia dan akhirat


Masa lapang di lewat petang pun dah habis.

Sekian dulu...

wassalam

Thursday 5 March 2009

Dan apabila basikalku menghilang

Pagi hari ni sungguh sejuk (-4 C kata Aus). Tapi aku kena gerak awal, sebab pagi ni kena jalan kaki.

Bila yunus tanya, 'Ee, ko nak gi ngn basikal ker atau jalan kaki??'
Aku hanya tersenyum.Jalan kaki kot

Bila aku seluk seluar poket nak amek handphone, aku tersentuh sesuatu. Rupa2nya adalah anak kunci basikal aku. Sayu menghiris kalbu.

Bila aku berjalan kaki ke RC, sungguh sunyi rasanya.Berseorangan. Biasanya tangan ni selalu duk main gear basikal, tapi hari ni hanya tersimpan kemas di dalam poket sweater

Bila sampai depan RC, aku tengok palang besi tempat aku kali terakhir kunci basikalku. Kosong.Ku usap lembut besi itu. Seperti aku usap basikalku setiap pagi

Minggu lepas aku ada buat entry pasal faedah berbasikal. Otot mana y bekerja? Apa kesan kpd jantung? Dan banyak2 lagi. Tapi disebabkan kesibukan dengan aktiviti harian, aku tak sempat habiskan entr tuh. Dan rasanya sekarang tak perlu kot post entry tu.


Dah dah dah
tak perlu nak beremosi emosional ni.
Aku ok ok jer.

Terima kasih kepada kata2 semangat daripada ahli keluarga, sanak sedara, jiran tetangga di Republic of Bachok, serta kawan2 di mana saja anda berada.Yer, dugaan aku ni amatlah kerdil jika nak dibandingkan ngn org lain.Moga Allah menggantikan kehilangan basikal ini dengan keberkatan hidup, y mana jauh lagi penting.


Sekian sahaja.
Wassalam


p/s: Amal, comment ko memang mbuatkan aku tergelak. Ces sungguh. Cepat datang September ni. Kita beli basikal baru sama2.Yang lain pun.Aku tunggu

Wednesday 4 March 2009

apabila ditakdirkan pemergiannya...

Assalamualaikum wbt

Sekadar luahan rasa hati . Bukan menagih simpati. Terasa berat untuk untuk disimpan seorang diri. Namun jenguh nak mencari teman di waktu ini. Cukuplah kepada Allah isi hati dikongsi. Dan juga blog sebagai....saja2 jer.

Musibah menimpa tak kira siapa. Dan boleh datang dengan pelbagai cara. Mungkin Allah memilih aku untuk diuji dengan pemergian sesuatu yang amat aku sayangi. Yang mana aku sendiri masih terkelu dan terkesima. Seolah-olah tidak percaya dugaan ini menimpa aku AKHIRNYA.

Lewat petang hari ini, 3 Mac 2009... seolah-seolah aku dapat merasa akan berlakunya sesuatu yang mendukacitakan. Yer, aku dapat meramalkan...namun cuba aku memujuk diri, menepis segala perasaan gundah yang membisik2. Berat kaki melangkah menuju ke tempat aku menyimpan basikal Everestku... Dan ramalanku tepat...100%

Basikalku tiada. Tetiba aku rasa sunyi. Terasa lemah. Terasa sayu. Minda terasa kosong. Hanya fikiran berligar2 cuba mengingat kembali saat2 aku mengunci basikalku awal pagi ini di depan RCSI. Saat aku terkejar2 meninggalkan basikalku untuk mengejar kuliah yang hampir terlewat. Dan sekarang, basikal aku pula meninggalkan aku tanpa sebarang ucapan... tanpa sebarang amaran...

Entah nape, aku tak rasa sedih. Cuma terkilan. Perjalanan balik ke rumah menaiki bas terasa amat panjang. Ditemani kenangan bersama basikalku. Mungkin kalau musibah ini tidak menimpa, aku akan pulang ke rumah dengan basikalku, seperti hari2 yang sebelumnya, meredah suasana malam di Dublin yang sejuk tapi menenangkan.

Ke mana perginya basikal aku?? Dicuri? Dikitar semula? Dirampas? Dipenjarakan? Wallaualam. Yang pasti waktu aku bersama basikalku telah tamat. Rasanya masih baru lagi saat2 aku menerima kehadiran basikalku yang dihantar oleh posmen dalam kotak pada 29 Oktober lepas.

Allah maha mengetahui. Cuba memujuk hati yang semakin lama semakin dibanjiri dengan perasaan pilu. Yer, kita merancang Allah menentukan. Banyak yang aku rancang. Aku rancang bila tahun 3 aku ingin bawak balik basikalku ke Bachok. Mesti gembira adik2ku menunggang basikal itu ke pantai pada waktu petang. Aku merancang hujung minggu ini aku nak berbasikal berseorangan ke mana sahaja yang aku larat. Aku merancang aku ingin berborong di LIDL dengan basikalku. Dan semua perancangan itu hanya tinggal kenangan.Namun aku redha

Aku juga rasa bersyukur, dalam masa hanya 4 bulan lebih, aku mampu menikmati saat2 indah bersama basikalku. Aku sempat menggunakan basikal aku membantu sahabat2 ku berpindah rumah. Sempat berbasikal bersama Yunus mencari Dublin Zoo walaupun jauh tersesat. Sempat berbasikal pukul 2 pagi ke rumah Rasyid. Sempat berkayuh dalam hujan lebat. Aku dah cukup bersyukur. Yang paling kerap, aku berbasikal pergi dan balik dari RCSI.

Aku selalu berdoa, kalu betullah aku beli basikal ni dengan harta yang halal, kalu betullah cara aku menggunakan basikal ni, aku mohon Allah kekalkan aku dengan basikalku ini. Sebab aku sangat sayang basikalku. Namun, Allah mengetahui segalanya. Cuba memujuk diri supaya bersangka baik.

Tak tau nak kata apa lagi dah.Sekadar luahan perasaan...yang bukan bertujuan menagih simpati

Wassalam



Tinggal kenangan