Everything has beauty, but not everyone sees it.

Sunday 22 February 2009

Perkara Asas dalam Bermazhab

Assalamualaikum wbt.

Tetiba pagi ni terasa sangatlah malas. Banyak bisikan2 kedengaran sayup-sayup memujuk aku supaya memanjat katil dan meneruskan tidur slpas solat subuh. Haishhh... terkenang nasihat ayahandaku bahawa tak elok tidur pagi. Pagi tu masa pintu rezeki banyak dibuka. Maka beruntunglah bagi orang yang memanfaatkan waktu pagi. Alhamdulillah, tak jadi tidur pagi ari ni. Lantas membuka laptop.Hehe


Mungkin ingin berkongsi sedikit pengalaman di sini. Disebabkan Dublin ni terlampaulah ramai orang Islam, sampai masjid (yang ada) pun penuh time solat jumaat, aku dapat memerhatikan banyak fenomena. Mereka yang datang dari tempat yang berbeza di serata bumi Allah ni semestinya mempamerkan cara ibadat yang berbeza. Well, orang kata ni lah mazhab. Yer, kita ada 4 mazhab besar dalam Islam ni-Hanafi, Maliki, Hambali dan Syafi'i (Malaysia ikut yang ni)

Jika dilihat dari satu sudut, kewujudan mazhab ni sendiri menunjukkan betapa besarnya perbendaharaan ilmu yang dimiliki oleh para fuqaha dalam usaha mereka untuk menggali hukum-hakam syariat. Hal ini melambangkan suburnya dan hidupnya ilmu fiqh.

Namun, moleklah kiranya kita memahami dulu perkara asas tentang mazhab. Sebab mengikut cara beribadat secara buta tuli mempunyai kecenderungan utk hilang nikmatnya beribadat.Terdapat beberapa perkara asas dalam mazhab.



  • Mazhab merupakan madrasah dan aliran (METODOLOGI) fiqh bagi mentafsir Al-quran dan hadis. Jadi ia bermatlamatkan utk mengeluarkan (istinbat) dan mengetahui hukum sesuatu ibadat atau perkara.
  • Syariat Islam (nas-nas Al-Quran dan Hadis) lebih LUAS dan BESAR drp mana2 mazhab. Kiranya mazhab ni subset kepada syariat Islam.
  • SYARIAT ISLAM menjadi hujah ke atas setiap mazhab, bukan mazhab yang menjadi hujah ke atas syariat islam
  • Asas y mengharuskan mngikut mazhab adalah diyakini bahawa ia telah berjaya memperkenalkan kpd pngikutnya hukum-hukum syariat berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Jadi, apa ternyata satu mazhab (Contohnya mazhab A) tersalah dalam sesuatu masalah, dan yang betulnya berada pada satu pihak yang jelas (Contohnya mazhab B), maka perlulah pengikut mazhab A berpaling drp mazhab A dalam masalah itu kepada pandangan mazhab y lebih tepat (mazhab B)
  • Bg seseorang yang mengikut mazhab tertentu (Mazhab D), adalah DIHARUSKAN mngikut mazhab y lain dalam sesetengah masalah, nak menunjukkan dia TIDAKLAH WAJIB terikat dengan semua ijtihad mazhab y menjadi ikutannya (Mazhab D). Tapi ikutan itu hendaklah berasaskan kpd dalil2 y kuat dan hendaklah merujuk kpd ulama mazhab yang diikutinya (Mazhab D) ttg hukum syarak dalam apa jua masalah
  • Sbg muqallid (pengikut mazhab) hendaklah diri bersih drp SIFAT TAASUB kpd mazhabnya sndiri scara melulu. Mazhab seharusnya dipandang sebagai metodologi dalam penyelidikan, kajian dan kesefahaman bukannya sebagai pemecah belah umat Islam
  • Kita tak seharusnya berasa sempit dada dengan adanya perbezaan pandangan dan ijtihad ni krana perbezaan ni mrupakan lumrah atau tabii kpd manusia.Spt y disebut di atas, kewujudan mazhab2 melambangkan tingginya perbendaharaan ilmu yang kta miliki.
  • Hendaklah kita MEMAHAMI DAN MENGHARGAI usaha yang dicurahkan oleh ulama2 mujtahidin drp pelbagai mazhab. Mereka telah bekerja gigih dalam dengan taqwa dan iman dalam mengeluarkan hukum. InsyaALLAH mereka akan mendapat pahala drp amalan baik y dilaksanakan.

Perbezaan itu rahmat. Ijtihad (fatwa) mujtahid yang LAYAK itu jika salah mendapat satu pahala. Jika betul mendapat 2 pahala.

Sekadar perkongsian di pagi hari waktu Dublin. Jika ada kesalahan, mintak tunjuk ajar.

Sekian, wassalam


Petikan dari Formula Solat Sempurna oleh UZAR, yang merujuk kpd Al-Wajiz Fi Ilmi Usul al-Fiqh, Syeikh Prof Dr Abd Karim Zaydan, Beirut Muassasah Ar-Risalah, 412-413

Saturday 7 February 2009

Percutian 10 hari ke Spain & Portugal

Assalamualaikum wbt...

Akhirnya aku bersama2 teman percutian-Aus, Leh dan Izzat selamat kembali ke Dublin 4hb Feb. Pengalaman di Spain rasanya elok dikongsi bersama..huhuhu... Perjalanan bermula daripada Airport Dublin, flight RyanAir kul 6.30ptg 26hb Januari. Tiba di Airport Girona, Barcalona kul 9.30malam waktu tempatan...

Ireland-dari pandangan tingkap kapal terbang

27hb-Jalan-jalan di Barcalona
Pagi2 buta pergi Temple de la Sagrada Familia.Gereja y mula dibina pada 1882 oleh Antoni Gaudi. Seni bina yang mengambil bentuk alam semula jadi (spt sarang lebah, akar dan dahan pokok, bentuk daun). Mempunyai 8 menara loceng melebihi 100meter. Namun, sblum siap sepenuhnya dibina, si Gaudi ni mati dilanggar kereta. Lebih malang ialah plan asal kuil yang dilukis oleh si Gaudi ni dibakar. Pada era baru ni, pembinaan diteruskan oleh jurutera moden menggunakan duit derma rakyat tempatan..so lambat la lagi nak siap...


Seni bina bumbung mengikut bentuk daun


seni bina tiang mengikut bentuk dahan pokok


Menara loceng yang melebihi 100meter


captionless



Setelah pening2 (penat2) pusing jalan2 kat Barca, kami bercadang nak gi tengok mtahari terbenam kat Port Vell, Barcelona...tp tersilap arah..kesannya-bila dah sampai pelabuhan, tiada lagi matahari kelihatan...tapi amat cantik pelabuhan tu. Kami bernasib baik kerana kebetulan ada kapal (Cruise) bernama Balearia masuk..besaq giliak cam bukit kapal tuuuu..

Port Vell, Barcelona


Cruise Balearia baru masuk port

Jambatan penjalan kaki (footbridge) Port Vell

Jambatan penjalan kaki (footbridge) Port Vell


Senja di Port Vell

Lagi senja di Port Vell


28hb-pusing2 lagi Barcalona
Kami gi Park Guell tapi malangnya tutup.Alasannya sebab ada aktiviti penebangan pokok kat taman belakang. Aduhhh..kecewa dong~ amek gambar kat luar jer....Tapi, tetiba naik syeikh...panjat pagar bersama Leh masuk curi2..amek gambar...duk leka2 tu tetiba pegawal dia datang ngn van..gelabah lari sembunyi...sket lagi nak jatuh gaung (5 meter jer)...kalu tertangkap tak pasal2 kena tdo dalam lokap di Barcalona..urm...



Kecewa-amek gambar kat pagar pun jadilah


Satu daripada seni bina puncak Park Guell ni



Tangga di tepi Park Guell

Yaaa, sudah curi2 masuk dalam pagar Park Guell


Kena hati-hati supaya tidak kantoi

Cover line


Then, kami melawat stadium Barcalona. Tapi tak masuk la. Tiket 15euro.. Mengenangkan bnyk tempat lagi nak gi, 15euro tu sgtlah beharga.. hahaha..
Singgah kedai souvenir jer..haishhh






Lepak-lepak dalam kedai souvenir jer



Then gi Montjuic.. Memang takleh nak dinafikan kecantikan. Besar. Tercabut patella nak naik tangga (ada escalator sbnrnya). Kami nak tengok Font Magica Fountain tapi musim winter ni ditutupnya pula..so sekadar jalan2 sekeliling..sempat jugak masuk..cam dalam dewan kuliah interior design bangunan ni...






Sebelum mendaki ke Montjuic

2 menara sebagai pintu pagar ke Montjuic






Memulakan pendakian




Dari atas Monjuic-kelihatan 2 menara tadi


Menara Sagrada Familia dari Monjiuc

Ruang dalam Montjuic yang seperti dewan kuliah



Satu contoh insan y kurang stamina..hukhuk


Lagi ruangan dalam Montjuic


Captionless

Setelah penat jalan2, berkunjung ke Olympic Port utk melihat sunset di Laut Mediterranean. Waa, sempat amek wudhu di tepi pantai utk solat jamak zuhur dan asar. Tenang sekali solat di atas rumput bersejadahkan sweater..urm...solat wajib dilaksanakan apabila telah masuk waktu



Terkenang pantai di Bachok




Izzat sejuk lepas amek wudhu di Laut Mediterranean







29hb-berjogging di Madrid
Melawat Real Palace. Antara royal palace y paling cantik dan besar di Europe. Asalnya dibina oleh Muhammad 1, iaitu Amir of Cordoba sebagai kem tentera, kemudian apabila pemerintahan Islam tamat, diubahsuai jadi istana besar lengkap dengan ciri2 Kristian. Di tepi istana ini ada Taman Moro atau Compo del Moro iaitu tempat ketua tentera Islam, Ali Bin Yusof bersama tenteranya bermalam dalam percubaan menawan balik Madrid dari kumpulan Kristian.


Real Palace, Madrid


Real Palace dari Campo de Moro-pandangan sisi



Real Palace dari Taman Sabatini-pandangan hadapan












Next, gi Stadium Real Madrid-Estadio Santiago Bernabeu. Memang tengah2 bandar. Tak macam stadium kat Barcalona. Yang samanya ialah tiket nak masuk mahal. So , kami berkeliaran kat luar jela..hukhuk



Kedai souvenir di stadium Real Madrid

Stadium Santiago Bernabeu

Stadium Santiago Bernabeu


Baki masa kami gi melawat Plaza de Toros Ventas, tempat utk nak bunuh2 lembu. Kejam giler bullfighting ni. Pesanan : sayangi lembu anda...Aus sempat menyentuh tanduk badak sumbu y dipamerkan di situ...Lepas tu, sempat melihat tempat2 menarik sekitar Madrid sebelum pengsan di Hostel Student Luiz.


Malam di Madrid

Malam di Madrid

Retiro Park

Retiro Park

Retiro Park



Bullring Ventas




Kalu kena tanduk memang aku buat tak tau je












30hb- Berkunjung ke Toledo
Toledo letaknya 70km dari Madrid. Sebuah bandar yang pernah menjadi ibu negara Spain satu mase dulu. Mase pemerintahan Khalifah di Cordoba, Toledo menikmati zaman kegemilangannya di mana puak muslim, yahudi dan kristian idup aman damai. Ada kubu, dibina pada kurun ke-3, y dinamakan Alcazar mengelilingi bangunan2 di dalamnya drp serangan luar.. Amat takjub dengan seni bina kubu ini. Toledo famous dengan senjata2...terutamanya pedang.. Aku pun sempat beli satu..nak buat sembelih lembu.






Bath tab org zaman dulu-amat kasar



31hb- Tiba di Granada

Sejarah agung pemerintahan Islam zaman Dinasti Nasrid selama hampir 300 tahun (1238-1492). Kunjungan tidak lengkap tanpa La Hambra@ Alhambra. Tempat pemerintahan yang dikelilingi oleh kubu. Dinding penuh dengan ukiran La Gholib Illallah (tiada penakluk selain Allah)..untuk maklumat penuh, tekan (sini). Terasa kagum dengan keunikan seni bina org Islam zaman dulu, pada masa yang sama pilu mengenangkan kejatuhan dinasti Nasrid ni. Kegemilangan Islam berkubur di sini.










Kelihatan kubu yang mengelilingi Lahambra drp serangan luar






Sepatutnya ada replika singa 7 ekor kat fountain ni tapi dah dialihkan




La Gholib Illallah -tiada penakluk selain Allah



1hb Feb-Sudah tiba di Cordoba
Cordoba- pusat pemerintahan pada zaman Khalifah Umaiyah. Pada kurun ke-10, Cordoba menjadi bandar terbesar di dunia- politik, kebudayaan, dan ekonomi. Yang paling istimewa di Cordoba ialah Mezquita @ Great Mosque. Mula dibina asalnya sebagai gereja, apabila Islam menakluk Cordoba, bangunan itu diubah dan disiapkan sebagai satu masjid yang besar. Antara masjid yang terbesar di dunia pada waktu itu. Tp, apabila Kristian kembali berkuasa di sana, Mezquita diubah menjadi gereja sampai sekarang. Tapi mihrab tempat imam dikekalkan sampai sekarang. Kami juga sempat melawat tempat mandi khalifah Alcazar di Cordoba. Sgt canggih tapi terlampau mewah dan keterlaluan bagiku

Sistem pemanasan bilik manda yang mantap




Bahagian Mihrab dalam Mezquita yang dikekalkan

Bahagian Mihrab dalam Mezquita yang dikekalkan

Bahagian Mihrab dalam Mezquita yang dikekalkan (dipagar)

Dalam Mezquita


Kami juga sempat melawat Roman Bridge. Takde yang istimewa cumanya jambatan dibina lama dulu dan ia menyeberangi sungai y terpanjang di Spain.Angin memang kencang~ ~ ~Satu lagi y istimewa ialah di tepi sungai ni ada kincir air y mmbawa air ke istana Khalifah pada satu masa dahulu.




2hb-Berpusing2 di Serville


Kami melawat Giralda, iaitu satu drp church yang terbesar di dunia.Pengesahan? Klik di(sini)pada. Asalnya ia adalah masjid. Namun, masjid diruntuhkan utk didirikan gereja, yang dikekalkan hanyalah menara azan. Tinggi wooo,pernah memegang rekod menara paling tinggi kat dunia. 97.5meter. Zaman dulu muazzin naik menara tu ngn kuda.. Kami naik jalan kaki je..sempat pengsan 3 kali. Aus nazak terus.






Menara Azan (skrg jadi menara loceng) -Giralda

Patung-patung pelik di sekitar Giralda


Serville dari menara loceng

Perjalanan mendaki Menara Loceng

Kami juga sempat masuk Bullring. Kali ni memang masuk stadium tu. Luas. Ada guided tour. Memang terkesima melihat baju bullfighter yang beratnya 10kg. Tapi kekejaman mereka tak dapat dinafikan. Kalu yang terbunuh oleh lembu tu memang padan muka.




Pakaian sebenar bullfighter


Dalam bullring


Lagi pakaian Bullfighter




3hb- Negara penjajah-Portugal-(kami hanya di Lisbon-capital of Portugal)
Ayat Aus: jika anda mendefinisikan diri anda sebagai sekadar org Malaysia, memang anda pernah dijajah Portugis. Tapi jika anda mendifinisikan anda sbg Muslim, sebenarnya anda adalah penjajah Portugis. Sebabnya, Islam pernah menakluk Portugal dan memerintah selama hampir 450 tahun (711-1147). Tariq bin Ziad dihantar oleh pemerintah Islam di Spain utk menakluk Portugal seterusnya menjadi Gabenor di sana. Kami accidently terdiscover....aduhhh..memang ketentuan Ilahi. Tetapi apabila Kristian menawan balik, orang islam di sana diberi 2 pilihan, samada convert jadi Kristian atau dibuang dari Lisbon. Masjid smua ditukar jadi gereja.Di Lisbon, kami melawat Castle of Sao Jorge

Castle of Sao Jorge

Castle of Sao Jorge


Castle of Sao Jorge




Menunggu Trem-terpaksa membeli payung dek kehujanan



Sempat menghabiskan sisa2 senja ari terakhir di Portugal di tepi laut bersebelahan Torre de Belem (Belem Tower). Menara ni banyak kepentingannya-pintu masuk ke bandar Lisbon, tempat mengawal laluan kapal ke Lisbon dan sbg peringatan kpd pelayaran Vasco de Gamma, seorang pelayar portugis yang menjadi org Europe pertama berlayar ke India.


Satu museum di Lisbon (xtau nama apa sbb dah tutup)

Umah api di Port Lisbon

Belem tower


Senja di Portugal

4hb-pulang ke Dublin
Menaiki pesawat Airlingus yang sangaaaaaaattttt 'menepati masa'..hampeh sungguh... dari atas aku melihat ireland dilitupi salji..satu yang agak ajaib sebab ireland sepatutnya takde salji...sgt bersyukur smuanya selamat sampai...



Portugal dari pandangan tingkap kapal terbang

Ireland (tak tau bahagian mana) yang dilitupi salji

Aku duk betul2 tepi sayap...

Akhir kata, diharapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Jika ada kesilapan fakta, silalah mengkhabarkan kepadaku....

Wassalam

Thursday 5 February 2009

Bersama menjayakan Islam Awareness Week



Friday - 06th February
IAW Halal Food Festival & Opening Ceremony
Venue: Astra Hall, University College Dublin
Doors Open at 5.30 pm
Proceed goes to Gaza


Saturday - 07th February
Visit to Islamic Cultural Centre of Ireland
Venue: ICCI, Clonskeagh
Transportation will be provided upon request, tour starts at 10.00am


Hijab Fashion Show (for SISTERS ONLY)
Venue: Astra Hall, University College Dublin
Doors Open at 12.00 noon


Sunday - 08th February
IAW Football Tournament (for BROTHERS ONLY)
Venue: Astra Pitch, Dublin City University
Tournament
starts at 12.00 noon
To register, contact Hozaifa at 0860738889


Swimming session (for SISTERS ONLY)
Venue to be decided
To book place, contact Munirah Hishamshah


Monday - 09th February
Talk: Pursuit of Happyness by Ustaz Abdullah al-Hassan
Venue: Lecture Theatre, Dublin Institute of Technology Kevin Street
Lecture starts at 4.30 pm


Tuesday - 10th February
Quran Recitation Competition
Venue: Brothers in University College Dublin
Venue: Sisters in Dublin Institute of Technology
Events
starts at 4.00 pm


Talk: Lets talk about Love by Ustaz Abdullah al-Hassan
Venue: Robert Emmets Theatre, Trinity College Dublin
Lecture starts at 6.30 pm


Wednesday - 11th February
Indoor Go-Kart Competition (for BROTHERS ONLY)
Venue: Kylemore Karting, Kylemore, Kileen Road, Dublin 10
Meeting Point: O’Connel Bridge at 5.30 pm
For booking, contact Rashid at 0857796520


Thursday - 12th February
IAW Movie Special: Where in the World is Osama bin Laden
Venue: Robert Emmets Theatre, Trinity College Dublin
Doors
Open at 7.00 pm


Friday - 13th February
Charity Bazaar & Jumble Sale
Venue: Basketball Court, Royal College of Surgeons
Sale starts at 11.00 am
Proceeds will go to Gaza
Contact Person: Munirah Hishamshah


Saturday - 14th February
Palestine Conference: The Truth about al-Aqsa
Venue: Astra Hall, University College Dublin
Time: 10.00 am to 4.00 pm
Everyone are invited


Friday - 27th February
IAW Grand Dinner & Closing Ceremony
Venue: Examination Hall, Royal College of Surgeons
Doors Open at 6.00 pm
For information, contact Faheem 0851356049, Izzati 0857131078