Everything has beauty, but not everyone sees it.

Monday 26 January 2009

berlepas ke spain

Insyaallah petang ni,kul 6 petang waktu Ireland, atau kul 2 pagi 27hb waktu republic bachok..diriku bersama izzat ashraf, firdhaus pazil dan syuhaimi zakaria akan melancongkan diri di bumi Allah bernama spain (cara sebut =spaiiiintoo)

moga2 slamat perjalanan pergi dan kembali
minta kalian doakan kami
dalam mecari keredhaan Ilahi
agar tidak menyesal di kemudian hari
untuk menggunakan elaun yang diberi
apa2 pun panjang umur jumpa lagi
 

(tanpa tak disedari telah menjadi pantun 6 kerat rima akhir aaaaaa)
huhuhu, bakat sastera memang takleh dicabut
ok, banyak pula mengarut ni
wassalam

Saturday 24 January 2009

Ada apa dengan 'birthday'?

Assalamualaikum wbt...edisi khas..( ditulis kul 2 pagi...di umah Mukhlis...galway)

kronologi birthdayku...(yang mampu diingati)

25jan 1988- selamat bergelar baby tepat kul 10.05 malam di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian


25 januari 1989-2003-ketibaan Birthday diraikan dengan penuh sederhana bersama keluarga. Doa selamat, masak nasi ayam kat umah, takpun kuar makan kat luar..KFC feveret...


25 Januari 2004- Jamuan kecil di umah bersama kawan2 sekolah, juga sempena majlis perpisahan (dah yakin akan dapat twrn MRSM..alhamdulillah)..tahun ni banyak giler dapat hadiah sampai penuh almariku...masih ku simpan sampai sekarang hadiah beserta kotak dan juga kertas pembalut ikotak hadiah itu


25 Januari 2005-Sedang menaiki bas dari Kota Bharu ke Kangar. Baru habis cuti raya cina. Kawan2 sekelas pakat dok wish...mase tu takde handphone lagi..hukhuk..tak main la sms ni


25 Januari 2006- di Kem PLKN Kuala Pilah... kepala gongdol... cikgu Kelas Kenegaraan merancang surprise...terharu... satu kelas menyanyikan dan mendoakan aku...terima kasih banyak


25 Januari 2007/2008-sms daripada family.... pesanan dan doa... sambut bersama rakan2 sekelas M06C... yang aku ingat mase tahun 1, smua girls kelas aku pakai baju pinkiiii...msti arahan Nana Rogaya....pastu mentors, Puan Nora dan Puan Tik Shaiza ada beli kek untuk Januari Kids- Shiham, Hui2, Ee, termasuk dua mentors aku tu..urm...terima kasih no0~






25Januari 2009 -Berada di Galway waktu ni...menghadiri pertandingan Nasyid (tonton jer)... Ketibaan di Galway pada kul 10.30 malam sememangnya mebuatkan seluruh sendi bagaikan terlambung2 (maksudnya sgt leletih).. namun layanan hangat dan mesra penghuni umah y kami tumpang ni..Amin, Zain, Muyih, Khairi dan Jiji berjaya menghilangkan penat lelah...Apatah lagi mereka mengadakan surprise party untukku..yer...aku pun terlupa akan tarikh 25hb januari ni...sebb terlampau penat...Makan2..kek Zain memang terbaik...puding Muyih memang menggamit perasaan...Terima kasih utk segalanya....sangat terharu...











Birthday Parti in advance (rehearsal kot) pd 23 januari bertempat di Coffec Doc ( RCSI punya kanten) ...hasil 'perkumpulan' smua kawan2 yang lahir bulan januari-Leh, Leen, Yunus, Aus, Ee dan Asma..sebenarnya makan2 ni lebih kepada kesyukuran setelah kami bjaya habiskan exam sem 1 kami...alhamdulillah... Kay yang organize, mungkin salah satu drpada kempen utk memenangi pilihanraya PPIMI... entah nape, aku rasa kurang sedap hati time makan2 tuh..so sori kalu aku sedikit dingin or weird..




/









Sebenarnya..ada apa dengan birthday???? satu soklan yang akan bertandang setiap kali birthday ku hampir menjelma... Apa significance nya? Mase kecik2 dulu time birthday mesti berharap parents bawak makan kat luar..takpun nak hadiah...bila besar sket, birthday dikaitkan dengan kena belanja org makan..amat tak best time nih.. then bila tiba zaman ada handphone, ketagih nak org sms wish besday...sape yang tepat 12.00tgh malam maka makin power laa...

Tahun ini aku ingin menerima kehadiran birthdayku dengan perspektif yang sedikit berbeza...
  • Birthday-setahun makin hampir dengan jemputan Malaikatul Maut...Dan apabila telah tiba ajal seorang anak Adam itu, maka tidak akan dicepatkan atau ditangguhkan walaupun sesaat
  • Menilai kematangan diri. Adakah aku ni masih berfikiran seperti kanak-kanak atau sudah boleh mengeluarkan idea2 bernas sesuai dengan usiaku...intelligent? mental age/chronological age
  • Kenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan diri ni
  • Amalan dan sumbangan. Sudah cukuplah? Zero? Atau deficit?
  • Apa perancangan tahun ni dan seterusnya? Fail to plan is plan to fail

Maka, harapnya hari2 yang akan mendatang bakal menjanjikan kejayaan2 indah, insyaALLAH...Kpada papa dan mama serta adik-beradik, terima kasih atas pengorbanan slama 21 tahun hidupku...kpd sahabat dan teman, sokong dan bantulah aku...agar kita sama2 berjaya
Sekian dulu...wassalam


p/s:video tak smpat upload sbb kalut nak gi spain..satu lagi sbb internet low..sbb ain video besar sgt....

Friday 23 January 2009

habis dah tempoh hibernate

Assalamualaikum wbt...

Setelah genap 32 hari meng'hibernate'kan diri, rasanya sekarang telah mula diluangkan sedikit masa untuk menaip di ruangan 'new post' ini... Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi atas rezeki-Nya. Exam sem 1 telah pun melabuhkan tirainya tepat pukul 3.45 petang tadi... Hanya mampu berdoa agar dikurniakan keputusan yang terbaik...insyaALLAH...Terima kasih kpd keluarga di rumah yang tak putus2 menghantar sms stiap kali aku melangkah ke exam hall...Tidak lupa kpd housemate 218 yang tak jemu memberi tunjuk ajar kpd aku...Juga kpd ahli study group yang memberi komitmen yang tak berbelah bagi...akan aku kenang...

(tetiba rasa cam susah nak menaip-syndrome tak menulis lama..hahaha)

Sepanjang tempoh 'percutianku' banyak peritiwa telah berlaku...Dunia menyaksikan wilayah Gaza yang telah diserang tanpa belas kasihan oleh kaum yang telah tersohor dengan kekejaman, Israel atas alasan kejinya membalas balik serangan roket Hamas... satu kupasan menarik tentang isu Gaza Israel (sini) oleh penghuni Rumah 41. Banyak usaha yang dilaksanakan oleh pihak2 tertentu utk membantu penduduk Gaza- kutipan derma, bantuan kemanusiaan, boikot barangan Israel, demo scara aman, kuliah kesedaran, solat hajat, qunut nazilah dan sebagainya...


Alhamdulillah,19 Januari 10.30 pagi waktu Mesir, Abu Ubaidah yang mewakili Brieged Qussam mengadakan satu sidang media ttg kejayaan pejuang Hamas dalam membalas serangan Israel. Bukti lengkap (di sini)...Dan kini tentera Israel telah mula meninggalkan wilayah Gaza (setahu aku la) ...Moga wilayah Gaza dapat dibangunkan kembali. Tapi yang lebih penting ialah penghayatan dari semua umat Islam seluruh dunia untuk bersatu dan membantu antara satu sama lain agar golongan kafir laknatullah itu sedar bahawa kita ini tidak mudah ditewaskan dan tidak boleh diperlakukan sesedap hati kotor mereka. 


Selain isu Gaza-Israel, dunia juga menyaksikan sejarah tercipta apabila orang kulit hitam pertama memegang pucuk pimpinan US...Barack Obama...Ramai orang menaruh harapan kpd sistem pemerintahan presiden baru ini yang akan mengurangkan desakan dan kekejaman terhadap orang Islam seperti apa biasa dilaksanakan oleh si bangsat Bush... tapi ramai juga yang mengatakan Obama sama juga dengan Bush selagi Israel masih memainkan peranan penting dalam pentadbiran US...wallaualam....masih baru untuk membuat justifikasi...


Urm...(rasanya cam kurang arif ingin berkata2 ttg isu besar nii)..hahahah....Berkenaan teman sahabat di sekeliling, bulan Disember lepas, Bandar Dublin telah dihujani (hiperbola) dengan begitu banyak rakyat2 malaysia...tengok kanan melayu..tengok kiri melayu..tengok tepi ada cina Malaysia gak..tengok atas ada Kadazan...(dah2...kesian org kadazan pulak)..tapi mmg banyak laaaaaaaa..teman2 KMB dulu..macam2 laaa..tak tau pulak aku Dublin ni menjadi tempat tumpuan gak..huishhh....sekitar gambar perjumpaan kami.....


Tu je la dulu buat kali ni...otak penat lagi... ingin berehat....skian sahaja..Wassalam