Everything has beauty, but not everyone sees it.

Tuesday 2 June 2009

Jika dapat...

Jika dapat kulafazkan 
padaMu ya Allah;

HambaMu ini dalam kesusahan...
Dalam ketakutan
Dalam kegelisahan
Tiada apa yang dapat membantunya
Melainkan kasih sayangMu..

Ya Al-Ghaffar, Kau ampunilah dosanya
Ya Ar-Rahim, Kau tunjukkan kasihsayangMu kepadanya
Ya As-Sami', Kau dengarkanlah rayuan hatinya...
Ya Al-Muhaimin, Kau peliharalah segala urusannya
Ya Al-Alim, Kau kurniakan ilmu pengetahuan kepadanya
Ya Al-Mughni, Kau tenteramkahlah jiwanya
Ya Al-Mujib, Kau perkenankanlah impian hambaMu ini dan impian sahabat2nya

HambaMu ini bersaksi tiada tuhan selain Allah
dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Jika dapat ku lafazkan Ya Allah
Segala lafaz yang tersimpan...

4 comments:

fadzlina shukri said...

salam..
adakah tulisan ini adalah selepas paper MM? paper yg membuatkan aku terdiam sejuta kata..

yang tinggal hanya doa dan tawakal. tawakal dgn sebenar2nya. =)

fadzlina shukri said...

owh ye.. cantik gambar pantai. buah2 'nyiok' tu mmg purposely susun ka?

Afham said...

Tulisan ini dikarang pagi tadi..sebangunnya dari sujud..ketika dada dilanda resah tak terkira...

after paper MM, bharap hati ditenangkan dengan keindahan tawakkal

p/s:takde mase nak susun buah nyiok nyer..ni waktu pagi musim tengkujuh, bila ombak kuat merubah muara dan pantai ..dan sampan2 nelayan terdampar kaku..

chicken hut said...

eh, makin nak exam makin banyak puisinya. hehe.