Assalamualaikum wbt.
Syukur alhamdulillah. Akhirnya selamat sudah tiba di teratak kecil di desa Bachok ini. Huh, tiada banyak yang berubah sejak 9 bulan yang lalu. Cuma pokok mangga yang di tepi dapur rumah sudah ditebang. Dan lembu yang baru. Cam psycho jer aku tengok gaya dia..Haishh..Alhamdulillah.semua sedara-mara sihat.
Dan, spt yang sibuk dibicarakan oleh kebanyakan rakan y balik ke tanah air, ialah PANAS.. Haishh, aku pun tak menafikan kebenaran, tapi insyaALLAH boleh bertahan. Hehe, agak berpusing2 jugak la mencari baju yang nipis dalam almari baju y lama ditinggalkan. Tip yang aku slalu guna bila bilik trasa panas, ialah amek tangga (sbb siling umah aku tinggi) dan sapu bilah kipas... ternyata berhasil..haha,entah pape...
Sblum mengambil flite dari London ke Msia, aku sempat habiskan mase 2 hari di London. Memang mencabar ketahanan mental dan fizikal sungguh. Bertemankan Aus, kami tiba di London Airport (Heathrow) petang 13 hb. Mengenangkan flite kami ke Msia ialah pd 15hb pagi, agak buntu gak la.. Plan asal nak stay kat Msia Hall, tapi disebabkan ada maklumat salah dari seorng kawanku, yang kata kalu nak gi Malaysia Hall, bayar train 50 euro..Aku yang takde pengetahuan pasal UK ni, terus percaya bulat2..Tambah2 lagi dengan ucapan yakinnya 'Mahal gileeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrr'...Haishh, lps ni kena siasat dulu.
Tiba di Heathrow airport, kami terus 'check in' dalam 'hotel' di dalam airport tu sndiri.Banyak tmpat menarik tapi kami pilih side y kurang org.Hehe. Plan nak stay kat airport jer 36 jam tapi belum smpai 2 jam dah rasa bosan.
So 14hb esoknya, terus beli ticket train (underground) one-day, 7.50 pound. Jalan2 di Kota London. Cam tak percaya pun ada.Amat bersyukur sempat juga menjejakkan kaki di sini. Sungguh indah London ni pada pengamatan aku. Jalan2 sambil bawak beg galas y boleh dikatakan more than 10kg..terasa seperti scapulaku winging winging.....haishh...
ok, Let pics describe more...
Nabil, di London kita terserempak :)
Coretan di langit
Kalu nak kira, banyak kali gak laa naik turun kapal terbang sblum tiba di Kelantan. DUBLIN-LONDON-DUBAI-BRUNEI-KUALA LUMPUR-PENGKALAN CHEPA-Bachok (bullet train). Apa yang best ialah:
- Penerbangan Royal Brunei memulakan penerbangan dengan bacaan doa
- Arah kiblat ditunjukkan di screen hadapan seat sepanjang penerbangan.
- Bahasa staf Royal Brunei yang lawak...cam orang Penan gitu...
- Pertama kali melihat padang pasir dari flite. Sguh excited.
- Signboard bahasa arab di airport Dubai. Teringat bahasa arab y belajar dulu2 time PMR
- Signboard bertulisan jawi di airport Brunei.Jelas usaha nak kekalkan tulisan jawi.
- Dapat hotel yang best kat Brunei. Orchid Hotel. Tapi tidur jer sebab sgt letih
- Perbezaan (dari pandangan atas) London dan Dubai. UK kurg bangunan dan menghijau, Dubai banyak bangunan dan berpasir...
Beberapa gambar bersama Aus dan Yunus, teman sepernebangan.


0 comments:
Post a Comment