Everything has beauty, but not everyone sees it.

Tuesday 14 April 2009

di saat diri melompat

Assalamualaikum wbt

Agak lama yer diri ini tidak dikurniakan kesempatan untuk menulis. Banyak sebenarnya ingin dikongsi, terutamnya untuk ahli keluarga di Metropolis Bachok. Apatah lagi sekarang musim bunga yang kecantikannya tidak terhurai dengan tulisanku yang serba kekurangan ini. Subhanallah.


Beberapa hari lepas, berjaya akhirnya meluangkan sedikit masa utk sama2 berjalan di bumi ALLAH. Cuti 2 minggu menyaksikan ekspedisi Ee bersama rakan2 ceria dan girangnya ke bumi Belfast dan juga Dublin. Mungkin boleh disebut di sini siapakah kawan2 itu- Aus, Iqbal, Luqman, Nizam, Mas, Yunus etc. hohoho

Hohohoho (serius laa...hohoho jer)


Maka kali ini, sukanya saya ingin berkongsi tip2 untuk mengambil gambar. Cumanya ingin dikecilkan skopnya kepada gambar lompatan atau bahasa daerahku menyebut 'jump shot'... AMARAN: tip-tip ini hanyalah berdasarkan pengalaman aku sahaja. kalu tak stuju tak kisah la. boleh hubungi aku secara senyap2..hohoho (nada serius)

ok, kita akan bahagikan tip2 ini kepada 3 bahagian iaitu sebelum, semasa, dan selepas amek gambar. Tapi aku suka untuk menambah tip2 tambahan (istimewa punya) khas utk pembaca blog Kampung Boy sahaja..hahahahaha (budget famous)..ayuh (dengan gaya dan nada seorang klasmet ku)

SEBELUM
  1. pilih tempat yang elok. Mmg smua tempat boleh lompat. Kat dapur ker..tapi tak de makne. Sempena musim bunga ni, gi la cari tempat2 lawa sket.
  2. warming up. penting untuk otot2 kaki..ingat. otot apa utk melompat? gluteus maximus kot~. klau tak warming up, akan kekejangan nanti maka akan pulang dengan bad mood. so patuhi tip ini.
  3. set frame. main lompat tinggi2 nanti terkeluar dari frame tak guna jugak. nanti menyesal tak sudah. silap2 kepala takde.
  4. tengok sekeliling. Kalau ada ramai sgt, jangan lompat lagi. takut mreka akan mempunya pandangan yang buruk kpd Malaysian. mana tau kot2 diorang heboh Malaysian ni abnormal. segan gak la. (khas utk org2 di ngra selain malaysia)
teknik regangan otot2 kaki

SEMASA
  1. Guna wide lense.sebabnya gambar akan nampak lebih bertenaga dan beremosi sekiranya backgroud mantap2 dan luas.untuk gambar2 smua ni, Nabil guna 10-22mm wide angle lens kamera Canon e0s
  2. Amek pandangan bawah. supaya lompatan akan nampak tinggi walaupun jarak sebenar hanyalah sejengkal. Penting utk orang2 yang mempunyai bebanan berat yang lebih (tidak merujuk kpd diri sendiri)
  3. Guna self-timer. Sebabnya jurugambar pun nak masuk jugak. Kesian la dia duk amek gambar sahaja. Lompat ramai2 boleh merapatkah ukhwah.
  4. Guna tripod. Disebabkan guna self timer, kalu letak atas tanah jer, kemungkinan akan senget. 1 lagi kalu kamera rendah sgt, gambar akan gelap. so better guna tripod. boleh adjust ketinggian.
  5. Kira. Hendaklah sorang sahaja yang mengira. Kalu smua kira, serabut. Lagi satu, pastikan kira dalam bahasa yang difahami. Tak guna nak tunjuk hebat kira dalam bahasa Urdu kalau 'lompat'mate tak faham. Kiraan ini melatih kita supaya taat kepd pemimpin. Bila ckp 1...2..3..LOMPAT. isu kepimpinan di situ
  6. Guna multiple shots. Mungkin dalam 10 shots tu, dalam 4 kali lompatan, satu akan berhasil.1 lagi, kita akan dapat menyaksikan transisi kita drp loading, lompat dan mendarat. sungguh lucu (yer, lucu)
  7. Shuttle speed kena tinggi.







SELEPAS
  1. Jangan lupa check balik gambar tu. Kalu tak elok boleh lompat lagi sehingga mitochondria anda kehabisan ATP (konsep salah)
  2. Berjamu selera. Sesungguhnya banyak tenaga habis sebab melompat. so jangan zalim terhadap badan. Isikan dengan makanan. Berkelah atau picnic pun mantap

TIP2 TAMBAHAN
  1. pastikan aurat tidak kelihatan. Ingat!!! Mendedahkan aurat itu haram. Pstikan tali pinggang kemas.
  2. Buat muka bersemangat!!! Ekspresi muka boleh mempengaruhi ketinggian.
  3. Jangan malu serta segan. Tonjolkan diri anda. Ekspresikan dirimu.
  4. Sesuai utk laki je kot~~~





sekian sahaja. harap bermanfaat.
assalamualaikum wbt


sekadar gambar perjalanannanku bersama teman2...


















sudah terkenang2 keluarga di rumah.moga Allah panjangkan umurku dan ahli keluargaku untuk kembali bersua. InsyaALLAH. Amin

15 comments:

faez azami said...

good job..
angkat bontot..jgn x angkat!!

::The Spinning Wheel:: said...

salam..beberapa kesimpulan dapat kubuat:
1) lompatan aus lebih menarik berbanding kamu
2) gmbr berlatar belakangkan awan dan langit paling cantik
3) mungkin gmbr itu perlu disusun semula utk menampakkan sequence lompatan anda (lebih jelas bila anda explain mengenai multiple shots)
4) gmbr ready utk landing korg sgt....(kelakar mungkin?)
5) Amin, doakan daku bertemu keluarga juga, insyaAllah.

Al-Mualim Shah @ Dino~ said...

haha...ada style lah

liyana said...

hahaha.
entry bermanfaat ni.
lawa la gmbr2, ni kat belfast hr tu?

amal said...

gambar lompatan kamu sangat mengagumkan...

tapi hairan ke mana hilangnya pungkok kamu itu,ketika lompatan dibuat?

fadzlina shukri said...

subhanallah..*speechless*
memang tarbiyah terbaik dari nabil ni.haih...

KHUSNA said...

hoi..kejang pungquq~

nabil apsal makin kurus?

f!eZa said...

creativenye gmbr...tp yg plg menarik hati ini...tulip purple..cantik..hehe...

Nabil Ali said...

to cik khus: makin kurus ke? tapi berat dh bertambah.....erm...

norfadila2010 said...

lawa2..

Tim Ceasar Ampi said...

Tips anda amat X1000 berguna! Aku akan mencubanya dirumah dan jika ada pluang, akan meng'upload'kan gambar2 tersebut utk pengomenan (kata 'akar': comment) dari anda :)

redhuans said...

Help us to spread the message

IMAM Cambodia Relief Mission 2009 would like to ask for your kindness to help us to spread the message of our fundraising. The message needs to be widely spread and it needs to get across the border in order for us gain as much funding as we can. We are calling for all bloggers to join hands to promote our good will of ‘Enlightening the hopes of Cambodia’. There are a few simple steps that you can do to help us promoting the good cause. Please kindly follow the step.

1. Please make a new entry of CRM09 Official Poster in your own personal blogs. You can copy the photobucket html here and make a new post regarding our Official poster: Please click

http://s687.photobucket.com/albums/vv239/redhuans/?action=view&current=camb2.jpg

Then, copy the HTML code provided in the right side bar of the screen and paste it in your new post.

If the picture is too big for your blog scale, resize the poster to fit your blog perfectly.

2. Help us to put CRM09 Official Banner in the side bar of your blog and link the banner straight to our official site, http:/crm09.blogspot.com. Just open the link of our banner at this address

http://s687.photobucket.com/albums/vv239/redhuans/?action=view&current=cambbanner1.jpg

Then copy the Direct Link provided on the right side bar of the screen and put it up on your blog.

3. Then you can spread the message to your friend bloggers for them to hel us to spread the message as well. Just copy this text and paste it on their comments box.

Thank you so much for your effort in helping us to make the life of others in much of a better state. Our little effort will bring a huge impact on others. May God reward your deed in this life and in the Hereafter. Thank You.



For more info, please visit http:/crm09.blogspot.com

shihamseishu said...

Shuttle speed?
Mungkin ini istilah terbaru dalam dunia fotografi. Faham dengan perkembangan metropolis Bachok dalam menyebarkan berita dan maklumat.

Shuttle speed? Ingat bas ka? Haha.

SHUTTER SPEED la sahabat LOL

shihamseishu said...

Shuttle speed? Mungkin ini istilah terbaru dalam dunia fotografi. Faham dengan perkembangan metropolis Bachok dalam menyebarkan berita dan maklumat.

Shuttle speed? Ingat bas ka? Haha.

SHUTTER SPEED la sahabat LOL

hamba-Nya said...

to liyana, a'ah kt belfast.. dtglah sini!! salam prkenalan :)