Everything has beauty, but not everyone sees it.

Wednesday 4 March 2009

apabila ditakdirkan pemergiannya...

Assalamualaikum wbt

Sekadar luahan rasa hati . Bukan menagih simpati. Terasa berat untuk untuk disimpan seorang diri. Namun jenguh nak mencari teman di waktu ini. Cukuplah kepada Allah isi hati dikongsi. Dan juga blog sebagai....saja2 jer.

Musibah menimpa tak kira siapa. Dan boleh datang dengan pelbagai cara. Mungkin Allah memilih aku untuk diuji dengan pemergian sesuatu yang amat aku sayangi. Yang mana aku sendiri masih terkelu dan terkesima. Seolah-olah tidak percaya dugaan ini menimpa aku AKHIRNYA.

Lewat petang hari ini, 3 Mac 2009... seolah-seolah aku dapat merasa akan berlakunya sesuatu yang mendukacitakan. Yer, aku dapat meramalkan...namun cuba aku memujuk diri, menepis segala perasaan gundah yang membisik2. Berat kaki melangkah menuju ke tempat aku menyimpan basikal Everestku... Dan ramalanku tepat...100%

Basikalku tiada. Tetiba aku rasa sunyi. Terasa lemah. Terasa sayu. Minda terasa kosong. Hanya fikiran berligar2 cuba mengingat kembali saat2 aku mengunci basikalku awal pagi ini di depan RCSI. Saat aku terkejar2 meninggalkan basikalku untuk mengejar kuliah yang hampir terlewat. Dan sekarang, basikal aku pula meninggalkan aku tanpa sebarang ucapan... tanpa sebarang amaran...

Entah nape, aku tak rasa sedih. Cuma terkilan. Perjalanan balik ke rumah menaiki bas terasa amat panjang. Ditemani kenangan bersama basikalku. Mungkin kalau musibah ini tidak menimpa, aku akan pulang ke rumah dengan basikalku, seperti hari2 yang sebelumnya, meredah suasana malam di Dublin yang sejuk tapi menenangkan.

Ke mana perginya basikal aku?? Dicuri? Dikitar semula? Dirampas? Dipenjarakan? Wallaualam. Yang pasti waktu aku bersama basikalku telah tamat. Rasanya masih baru lagi saat2 aku menerima kehadiran basikalku yang dihantar oleh posmen dalam kotak pada 29 Oktober lepas.

Allah maha mengetahui. Cuba memujuk hati yang semakin lama semakin dibanjiri dengan perasaan pilu. Yer, kita merancang Allah menentukan. Banyak yang aku rancang. Aku rancang bila tahun 3 aku ingin bawak balik basikalku ke Bachok. Mesti gembira adik2ku menunggang basikal itu ke pantai pada waktu petang. Aku merancang hujung minggu ini aku nak berbasikal berseorangan ke mana sahaja yang aku larat. Aku merancang aku ingin berborong di LIDL dengan basikalku. Dan semua perancangan itu hanya tinggal kenangan.Namun aku redha

Aku juga rasa bersyukur, dalam masa hanya 4 bulan lebih, aku mampu menikmati saat2 indah bersama basikalku. Aku sempat menggunakan basikal aku membantu sahabat2 ku berpindah rumah. Sempat berbasikal bersama Yunus mencari Dublin Zoo walaupun jauh tersesat. Sempat berbasikal pukul 2 pagi ke rumah Rasyid. Sempat berkayuh dalam hujan lebat. Aku dah cukup bersyukur. Yang paling kerap, aku berbasikal pergi dan balik dari RCSI.

Aku selalu berdoa, kalu betullah aku beli basikal ni dengan harta yang halal, kalu betullah cara aku menggunakan basikal ni, aku mohon Allah kekalkan aku dengan basikalku ini. Sebab aku sangat sayang basikalku. Namun, Allah mengetahui segalanya. Cuba memujuk diri supaya bersangka baik.

Tak tau nak kata apa lagi dah.Sekadar luahan perasaan...yang bukan bertujuan menagih simpati

Wassalam



Tinggal kenangan




11 comments:

Fira Yusuf said...

E'e be tough, walaupun ak x berape suke kat beskal tuh(kes kunci kat kepale katil) tapi ak dpt rase yg ko mmg sayang beskal tuh.

Beskal ak mesti sedih lps nih. Pasti ade hikmahnya.

fadzlina shukri said...

urm..senyuman yang paling manis adalah tatkala seseorang itu ditimpa musibah lalu dia berkata "innalillah wa ilahirajiun" lalu tersenyum.

ee,tabah! mesti sedih amat. aku tau betapa sayangnya ko kat basikal tu. xpe2.. insyaallah mak aku kata kalau sesuatu tu kita beli dengan duit yang halal, mesti dapat balik. doa banyak2 ye. yups,Allah knows best. bersabar ye. =)

::The Spinning Wheel:: said...

zafrullah..
daku bersimpati..mungkin aku mampu menolong..(lajnah kebajikan)..
mahiu borang kah? hurm..

tabah ye, rakan!

JHaZKiTaRo said...

alahai.. kesiannye.. kes hilang basikal ni is a very10x common thing in Dublin.. dont think its your fault or anything like that.. ape2 pun, sabar je laa ye.. i'm sure ade sbbnye kenapa Allah tak makbulkan your doa tu.. :) We'll never know what will happen to us in the future.. only He knows.. OK?? :)

KHUSNA said...

sadisnye...xde rezeki nk berbakti kt ko..hmmm

beli la yg baru~~

MuJahId_DidIeY said...

insya-Allah....
mama sangat bmbang ingatkan ada apa2 berlaku kat angoh....
internet kat umah disambar petir....
basikal angoh plok hlang....
beberapa ujian Allah bagi serentak...ada hikmahnya tue...
don't stres and always be epi....
Allah Maha Mengetahui..=)

liyana said...

eeeeeee! be strong tau. tu basikal je, org lain lg berat dugaan. sept nnt kte beli basikal sesame jom. aku n ilya plan nak ikut jejak langkah ko. kte bleh racing! :) :) jgn sedih2 ok!

faez azami said...

dude..jgn sedey hokaiii!!
i'll be your crying shoulder.
dtg je bilik aku kalo ingin berkongsi.
thn asap rokok je.

amal said...

pernah dulu ketika aku sedih, ader orang cakap kat aku suruh tabah...

ketika aku malas pergi irp, ader orang ketuk pintu bilik aku cakap "jom"...

ketika aku sembahyang kat bilik, ader orang ajak aku ke surau...

ketika aku kehilangan sesuatu, ader orang cakap "takpelah itu hanya ujian Allah"...

ketika aku kena kutuk dengan fayad, ader orang support aku...

ketika aku menubuhkan kelab gunting,ader orang join kelab itu...

Tapi seriously...orang itu BUKANLAH KAU...

...kalau kau masih bersedih dengan benda yang sudah tiada....aku tahu betapa sayangnya kau dengan basikal Everst tu...tapi EE, ada orang yg lebih menyayangi basikal tu dari kau, sebab tu dia ambik...haha...

serious2, i was joking to chill u lil' bit... actually ee whom i know was tougher than anything...

ee...YOU GAIN STRENGTH, COURAGE AND CONFIDENCE....FOR EVERY OBSTACLES IN WHICH U STOP AND LOOK FEAR WITH TEARS RUNS DOWN YOUR FACE....

Fakhrul said...

My deepest condolences =(

uto laut said...

salam e..kato basikal hile??gano leh hilenyo??sori lah..alo sibuk sikit lo ni..dok dam nok tau..balik baru tahu nga molek..mat saleh mane la amik basikal tu..kuram asam..ma royak kuncinya sahaja dah dua ratus..kalau dia tau basikal tu nk buat balik malaysia,mesti dia tak jadi amik..apa2 pun bersabarla..bak kata kawan e kat atas tu,ade orang yang lebih menyayanginya..tapi yang pasti bukan orang yang mengambil or atau dengan lebih tepatnya mencuri basikal itu..