Tetiba pagi ni terasa sangatlah malas. Banyak bisikan2 kedengaran sayup-sayup memujuk aku supaya memanjat katil dan meneruskan tidur slpas solat subuh. Haishhh... terkenang nasihat ayahandaku bahawa tak elok tidur pagi. Pagi tu masa pintu rezeki banyak dibuka. Maka beruntunglah bagi orang yang memanfaatkan waktu pagi. Alhamdulillah, tak jadi tidur pagi ari ni. Lantas membuka laptop.Hehe
Mungkin ingin berkongsi sedikit pengalaman di sini. Disebabkan Dublin ni terlampaulah ramai orang Islam, sampai masjid (yang ada) pun penuh time solat jumaat, aku dapat memerhatikan banyak fenomena. Mereka yang datang dari tempat yang berbeza di serata bumi Allah ni semestinya mempamerkan cara ibadat yang berbeza. Well, orang kata ni lah mazhab. Yer, kita ada 4 mazhab besar dalam Islam ni-Hanafi, Maliki, Hambali dan Syafi'i (Malaysia ikut yang ni)
Jika dilihat dari satu sudut, kewujudan mazhab ni sendiri menunjukkan betapa besarnya perbendaharaan ilmu yang dimiliki oleh para fuqaha dalam usaha mereka untuk menggali hukum-hakam syariat. Hal ini melambangkan suburnya dan hidupnya ilmu fiqh.
Namun, moleklah kiranya kita memahami dulu perkara asas tentang mazhab. Sebab mengikut cara beribadat secara buta tuli mempunyai kecenderungan utk hilang nikmatnya beribadat.Terdapat beberapa perkara asas dalam mazhab.

- Mazhab merupakan madrasah dan aliran (METODOLOGI) fiqh bagi mentafsir Al-quran dan hadis. Jadi ia bermatlamatkan utk mengeluarkan (istinbat) dan mengetahui hukum sesuatu ibadat atau perkara.
- Syariat Islam (nas-nas Al-Quran dan Hadis) lebih LUAS dan BESAR drp mana2 mazhab. Kiranya mazhab ni subset kepada syariat Islam.
- SYARIAT ISLAM menjadi hujah ke atas setiap mazhab, bukan mazhab yang menjadi hujah ke atas syariat islam
- Asas y mengharuskan mngikut mazhab adalah diyakini bahawa ia telah berjaya memperkenalkan kpd pngikutnya hukum-hukum syariat berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Jadi, apa ternyata satu mazhab (Contohnya mazhab A) tersalah dalam sesuatu masalah, dan yang betulnya berada pada satu pihak yang jelas (Contohnya mazhab B), maka perlulah pengikut mazhab A berpaling drp mazhab A dalam masalah itu kepada pandangan mazhab y lebih tepat (mazhab B)
- Bg seseorang yang mengikut mazhab tertentu (Mazhab D), adalah DIHARUSKAN mngikut mazhab y lain dalam sesetengah masalah, nak menunjukkan dia TIDAKLAH WAJIB terikat dengan semua ijtihad mazhab y menjadi ikutannya (Mazhab D). Tapi ikutan itu hendaklah berasaskan kpd dalil2 y kuat dan hendaklah merujuk kpd ulama mazhab yang diikutinya (Mazhab D) ttg hukum syarak dalam apa jua masalah
- Sbg muqallid (pengikut mazhab) hendaklah diri bersih drp SIFAT TAASUB kpd mazhabnya sndiri scara melulu. Mazhab seharusnya dipandang sebagai metodologi dalam penyelidikan, kajian dan kesefahaman bukannya sebagai pemecah belah umat Islam
- Kita tak seharusnya berasa sempit dada dengan adanya perbezaan pandangan dan ijtihad ni krana perbezaan ni mrupakan lumrah atau tabii kpd manusia.Spt y disebut di atas, kewujudan mazhab2 melambangkan tingginya perbendaharaan ilmu yang kta miliki.
- Hendaklah kita MEMAHAMI DAN MENGHARGAI usaha yang dicurahkan oleh ulama2 mujtahidin drp pelbagai mazhab. Mereka telah bekerja gigih dalam dengan taqwa dan iman dalam mengeluarkan hukum. InsyaALLAH mereka akan mendapat pahala drp amalan baik y dilaksanakan.
Perbezaan itu rahmat. Ijtihad (fatwa) mujtahid yang LAYAK itu jika salah mendapat satu pahala. Jika betul mendapat 2 pahala.
Sekadar perkongsian di pagi hari waktu Dublin. Jika ada kesalahan, mintak tunjuk ajar.
Sekian, wassalam
Petikan dari Formula Solat Sempurna oleh UZAR, yang merujuk kpd Al-Wajiz Fi Ilmi Usul al-Fiqh, Syeikh Prof Dr Abd Karim Zaydan, Beirut Muassasah Ar-Risalah, 412-413

2 comments:
ok..mula2 aku da macam terkedu seketika ble ko cakap tentang mazhab. UZAR rupanye.. bagus2.. perkongsian yang baek di pagi hari. =) slamat pagi boss! =p
thanks for sharing.
Post a Comment