Assalamualaikum wbt...
Akhirnya aku bersama2 teman percutian-Aus, Leh dan Izzat selamat kembali ke Dublin 4hb Feb. Pengalaman di Spain rasanya elok dikongsi bersama..huhuhu... Perjalanan bermula daripada Airport Dublin, flight RyanAir kul 6.30ptg 26hb Januari. Tiba di Airport Girona, Barcalona kul 9.30malam waktu tempatan...
Ireland-dari pandangan tingkap kapal terbang
27hb-Jalan-jalan di Barcalona
Pagi2 buta pergi Temple de la Sagrada Familia.Gereja y mula dibina pada 1882 oleh Antoni Gaudi. Seni bina yang mengambil bentuk alam semula jadi (spt sarang lebah, akar dan dahan pokok, bentuk daun). Mempunyai 8 menara loceng melebihi 100meter. Namun, sblum siap sepenuhnya dibina, si Gaudi ni mati dilanggar kereta. Lebih malang ialah plan asal kuil yang dilukis oleh si Gaudi ni dibakar. Pada era baru ni, pembinaan diteruskan oleh jurutera moden menggunakan duit derma rakyat tempatan..so lambat la lagi nak siap...
Seni bina bumbung mengikut bentuk daun
captionless
Setelah pening2 (penat2) pusing jalan2 kat Barca, kami bercadang nak gi tengok mtahari terbenam kat Port Vell, Barcelona...tp tersilap arah..kesannya-bila dah sampai pelabuhan, tiada lagi matahari kelihatan...tapi amat cantik pelabuhan tu. Kami bernasib baik kerana kebetulan ada kapal (Cruise) bernama Balearia masuk..besaq giliak cam bukit kapal tuuuu..
Port Vell, Barcelona
Lagi senja di Port Vell
28hb-pusing2 lagi Barcalona
Kami gi Park Guell tapi malangnya tutup.Alasannya sebab ada aktiviti penebangan pokok kat taman belakang. Aduhhh..kecewa dong~ amek gambar kat luar jer....Tapi, tetiba naik syeikh...panjat pagar bersama Leh masuk curi2..amek gambar...duk leka2 tu tetiba pegawal dia datang ngn van..gelabah lari sembunyi...sket lagi nak jatuh gaung (5 meter jer)...kalu tertangkap tak pasal2 kena tdo dalam lokap di Barcalona..urm...
Kecewa-amek gambar kat pagar pun jadilah
Yaaa, sudah curi2 masuk dalam pagar Park Guell
Kena hati-hati supaya tidak kantoi
Cover line
Then, kami melawat stadium Barcalona. Tapi tak masuk la. Tiket 15euro.. Mengenangkan bnyk tempat lagi nak gi, 15euro tu sgtlah beharga.. hahaha..
Singgah kedai souvenir jer..haishhh
Then gi Montjuic.. Memang takleh nak dinafikan kecantikan. Besar. Tercabut patella nak naik tangga (ada escalator sbnrnya). Kami nak tengok Font Magica Fountain tapi musim winter ni ditutupnya pula..so sekadar jalan2 sekeliling..sempat jugak masuk..cam dalam dewan kuliah interior design bangunan ni...
2 menara sebagai pintu pagar ke Montjuic
Memulakan pendakian
Setelah penat jalan2, berkunjung ke Olympic Port utk melihat sunset di Laut Mediterranean. Waa, sempat amek wudhu di tepi pantai utk solat jamak zuhur dan asar. Tenang sekali solat di atas rumput bersejadahkan sweater..urm...solat wajib dilaksanakan apabila telah masuk waktu
Terkenang pantai di Bachok
Izzat sejuk lepas amek wudhu di Laut Mediterranean
29hb-berjogging di Madrid
Melawat Real Palace. Antara royal palace y paling cantik dan besar di Europe. Asalnya dibina oleh Muhammad 1, iaitu Amir of Cordoba sebagai kem tentera, kemudian apabila pemerintahan Islam tamat, diubahsuai jadi istana besar lengkap dengan ciri2 Kristian. Di tepi istana ini ada Taman Moro atau Compo del Moro iaitu tempat ketua tentera Islam, Ali Bin Yusof bersama tenteranya bermalam dalam percubaan menawan balik Madrid dari kumpulan Kristian.
Real Palace, Madrid
Real Palace dari Campo de Moro-pandangan sisi
Real Palace dari Taman Sabatini-pandangan hadapan
Next, gi Stadium Real Madrid-Estadio Santiago Bernabeu. Memang tengah2 bandar. Tak macam stadium kat Barcalona. Yang samanya ialah tiket nak masuk mahal. So , kami berkeliaran kat luar jela..hukhuk
Kedai souvenir di stadium Real Madrid
Stadium Santiago Bernabeu
Stadium Santiago Bernabeu
Baki masa kami gi melawat Plaza de Toros Ventas, tempat utk nak bunuh2 lembu. Kejam giler bullfighting ni. Pesanan : sayangi lembu anda...Aus sempat menyentuh tanduk badak sumbu y dipamerkan di situ...Lepas tu, sempat melihat tempat2 menarik sekitar Madrid sebelum pengsan di Hostel Student Luiz.
Malam di Madrid
Malam di Madrid
Retiro Park
Retiro Park
Retiro Park
30hb- Berkunjung ke Toledo
Toledo letaknya 70km dari Madrid. Sebuah bandar yang pernah menjadi ibu negara Spain satu mase dulu. Mase pemerintahan Khalifah di Cordoba, Toledo menikmati zaman kegemilangannya di mana puak muslim, yahudi dan kristian idup aman damai. Ada kubu, dibina pada kurun ke-3, y dinamakan Alcazar mengelilingi bangunan2 di dalamnya drp serangan luar.. Amat takjub dengan seni bina kubu ini. Toledo famous dengan senjata2...terutamanya pedang.. Aku pun sempat beli satu..nak buat sembelih lembu.
Bath tab org zaman dulu-amat kasar
31hb- Tiba di Granada
Sejarah agung pemerintahan Islam zaman Dinasti Nasrid selama hampir 300 tahun (1238-1492). Kunjungan tidak lengkap tanpa La Hambra@ Alhambra. Tempat pemerintahan yang dikelilingi oleh kubu. Dinding penuh dengan ukiran La Gholib Illallah (tiada penakluk selain Allah)..untuk maklumat penuh, tekan (sini). Terasa kagum dengan keunikan seni bina org Islam zaman dulu, pada masa yang sama pilu mengenangkan kejatuhan dinasti Nasrid ni. Kegemilangan Islam berkubur di sini.
Kelihatan kubu yang mengelilingi Lahambra drp serangan luar
Sepatutnya ada replika singa 7 ekor kat fountain ni tapi dah dialihkan
La Gholib Illallah -tiada penakluk selain Allah
1hb Feb-Sudah tiba di Cordoba
Cordoba- pusat pemerintahan pada zaman Khalifah Umaiyah. Pada kurun ke-10, Cordoba menjadi bandar terbesar di dunia- politik, kebudayaan, dan ekonomi. Yang paling istimewa di Cordoba ialah Mezquita @ Great Mosque. Mula dibina asalnya sebagai gereja, apabila Islam menakluk Cordoba, bangunan itu diubah dan disiapkan sebagai satu masjid yang besar. Antara masjid yang terbesar di dunia pada waktu itu. Tp, apabila Kristian kembali berkuasa di sana, Mezquita diubah menjadi gereja sampai sekarang. Tapi mihrab tempat imam dikekalkan sampai sekarang. Kami juga sempat melawat tempat mandi khalifah Alcazar di Cordoba. Sgt canggih tapi terlampau mewah dan keterlaluan bagiku
Sistem pemanasan bilik manda yang mantap
Bahagian Mihrab dalam Mezquita yang dikekalkan
Bahagian Mihrab dalam Mezquita yang dikekalkan
Bahagian Mihrab dalam Mezquita yang dikekalkan (dipagar)
Dalam Mezquita
Kami juga sempat melawat Roman Bridge. Takde yang istimewa cumanya jambatan dibina lama dulu dan ia menyeberangi sungai y terpanjang di Spain.Angin memang kencang~ ~ ~Satu lagi y istimewa ialah di tepi sungai ni ada kincir air y mmbawa air ke istana Khalifah pada satu masa dahulu.
2hb-Berpusing2 di Serville
Kami melawat Giralda, iaitu satu drp church yang terbesar di dunia.Pengesahan? Klik di(sini)pada. Asalnya ia adalah masjid. Namun, masjid diruntuhkan utk didirikan gereja, yang dikekalkan hanyalah menara azan. Tinggi wooo,pernah memegang rekod menara paling tinggi kat dunia. 97.5meter. Zaman dulu muazzin naik menara tu ngn kuda.. Kami naik jalan kaki je..sempat pengsan 3 kali. Aus nazak terus.
Menara Azan (skrg jadi menara loceng) -Giralda
Serville dari menara loceng
Perjalanan mendaki Menara Loceng
Kami juga sempat masuk Bullring. Kali ni memang masuk stadium tu. Luas. Ada guided tour. Memang terkesima melihat baju bullfighter yang beratnya 10kg. Tapi kekejaman mereka tak dapat dinafikan. Kalu yang terbunuh oleh lembu tu memang padan muka.
Pakaian sebenar bullfighter
Dalam bullring
Lagi pakaian Bullfighter
3hb- Negara penjajah-Portugal-(kami hanya di Lisbon-capital of Portugal)
Ayat Aus: jika anda mendefinisikan diri anda sebagai sekadar org Malaysia, memang anda pernah dijajah Portugis. Tapi jika anda mendifinisikan anda sbg Muslim, sebenarnya anda adalah penjajah Portugis. Sebabnya, Islam pernah menakluk Portugal dan memerintah selama hampir 450 tahun (711-1147). Tariq bin Ziad dihantar oleh pemerintah Islam di Spain utk menakluk Portugal seterusnya menjadi Gabenor di sana. Kami accidently terdiscover....aduhhh..memang ketentuan Ilahi. Tetapi apabila Kristian menawan balik, orang islam di sana diberi 2 pilihan, samada convert jadi Kristian atau dibuang dari Lisbon. Masjid smua ditukar jadi gereja.Di Lisbon, kami melawat Castle of Sao Jorge
Castle of Sao Jorge
Castle of Sao Jorge
Castle of Sao Jorge
Menunggu Trem-terpaksa membeli payung dek kehujanan
Sempat menghabiskan sisa2 senja ari terakhir di Portugal di tepi laut bersebelahan Torre de Belem (Belem Tower). Menara ni banyak kepentingannya-pintu masuk ke bandar Lisbon, tempat mengawal laluan kapal ke Lisbon dan sbg peringatan kpd pelayaran Vasco de Gamma, seorang pelayar portugis yang menjadi org Europe pertama berlayar ke India.
Satu museum di Lisbon (xtau nama apa sbb dah tutup)


9 comments:
waa..macam best je gi sana..
kat lisbon tu bukan ke ko da nak terbang ke nek teksi dan xnak cerita ke peristiwa sesat di toledo.. hahaha. btw, good entry.. keep it up bro
hmmm.. terase deejavu pulak bile tgk gambar2 ni.. hahah.. good entry anyway.. lepas ni gi mane pulak?? hahah
hehehe...
bnyak tempat angoh gi wei...
jange lupo wat balik souvenirs..heheh
adik apih n aje nk sangat tue...!!
La Ghola Illallah?
oh selama ni aku igt..
wa la gholibu ilallah.
~dan tiada penguasa selain Allah..
hehe.. aku xpernah pigi
selamat sem baru..
tahniah ngan result..
~ferdaus
salam...
Fer, aku yang silap.. terima kasih kerana prihatin..kurang arif baca ukiran tu...bila diteliti memang wa la Gholib illallah... tq bro
salam e'e..
huhu, with experience, comes great minds... =)
part lion kat alhambra tu...masa kitorang gi..ada lagi kat situ, tp tengah direpair oleh pakar2 non-muslims...
thanks for sharing!
di Isra'...
p/s - selamat memulakan sem baru!
Leh:bengong pakcik teksi tuh..tak sesat pun
Bro Jhaz:tq ats tunjuk ajar. Lps ni? xtau lg..dalam dublin kot
Didiey: Dah2.. beli stp satu..insyaALLAH jun nnti balik
Hafeez: yaya, cam baru dialihkan je lion2 tuh..slmat berjuang di Hospital juga
nice entry. =)
nak tergelak jugak bace entry ni no matter se'discovery channel' mane pun ko tulis. bagus2. amek pengajaran ye.
best nye ee! seronok aku tgk gmbr byk2. nnt ko cerita la lg. dpt la skit idea2 camne tempat org. huhu. agak2 brape expenditure semua?
Post a Comment