hohoho laju sungguh update blog kali ni.
semata2 nak berkongsi mimpi y kelakar tp menginsafkan. Diceritakan secara ringkas ok~
Ditakdirkan malam semalam aku mimpi sesuatu yang tak pernah aku mimpi sebelum ni.
semata2 nak berkongsi mimpi y kelakar tp menginsafkan. Diceritakan secara ringkas ok~
Ditakdirkan malam semalam aku mimpi sesuatu yang tak pernah aku mimpi sebelum ni.
Aku mimpi aku dah jadi seorang bapa kepada seorang kanak-kanak... Budak yang berumur lebih kurang 5 atau 6 tahun. Sangat comel dan manja. Namun, walaupun wujud jugak watak ibu kpd budak ini, tapi aku tau siapakah dia. Dalam mimpi aku tu, aku hanya tau itu adalah ibu kpd kanak-kanak itu tapi tak nampak muka.Takpe, itu langsung tak penting. Jodoh di tangan tuhan.
Al-kisah dalam mimpi aku tu, aku dikisahkan tak sempat nak bersama ngn anak aku tu untuk jangka masa yang lama. Aku seolah2 terpaksa meninggalkan dia atas faktor kesihatan. Maksudnya aku akan mati dalam masa terdekat. So kesempatan yang ada, aku cuba lakukan yang terbaik sebagai seorang bapa.
Aku didik dia tentang nilai-nilai yang diajar dalam Islam
Aku didik dia untuk menjadi seorang yang berperibadi mulia.
Aku didik dia agar menghormati ibu bapa dan orang tua.
Aku didik dia supaya menjadi insan yang mampu berbakti kepada orang lain.
Aku didik dia tentang pentingnya sifat merendah diri dan tidak sombong.
Aku bersama-sama ibunya cuba yang terbaik utk memberikan didikan.
Dan, walaupun kesihatan aku makin teruk, aku langsung tak mengkhabarkan kepada anakku itu semata-mata taknak dia berasa sedih atau terbeban. Aku hanya mahu dia gembira selagi tak bertentangan ngn hukum agama.
Dan mimpiku habis di situ sahaja. Seriously, pada mulanya aku tersenyum bila bangun tidur. Cam kelakar pun ada mimpi tuh. Aku cuba recall balik dan aku mampu ingat satu persatu apa yang aku buat (sebab tu mampu tulis smua kat sini)
Dan satu kesedaran timbul. Tentang harapan seorang bapa terhadap anaknya.
Aku teringatkan ayahku. Aku juga terkenangkan ibuku. Betapa mreka pun ingin agar anak- anak mreka (kami adik-bradik) agar menjadi yang terbaik. Mase itu juga aku cuba mengimbas kembali akan didikan yang telah diberikan oleh kedua orang tuaku selama hampir 21 tahun aku hidup di dunia ni. Walaupun ada kadang-kalanya aku rasa macam kurang selesa atau tak setuju, sekarang aku seolah-olah dapat menyelami niat di sebalik setiap ajaran mereka. Mereka taknak aku mnyesal di kemudian hari. Mereka ingin aku menjadi seorang yang dapat berbakti kpd agama dan masyarakat. Mereka juga cuba memberikan yang terbaik kpd aku walaupun terpaksa mnyembunyikan perasaan sedih mreka semata-mata ingin aku gembira. Terima kasih yang tak terkira kpd kedua ibu bapaku. Semoga sihat dan bahagia di rumah sana. Kupanjatkan doa agar Allah mengasihani mreka lebih daripada mreka mngasihi ku ketika diri ini masih kecil.
Orang kata mimpi adalah mainan syaitan. Tapi aku yakin mimpi kali ni adalah satu anugerah dari Allah yang amat besar nilainya sebab ia mampu menginsafkan dan mnyedarkan aku.
Sekadar perkongsian. Pada mulanya aku rasa malu utk berkongsi namun aku harap kisahku ni boleh dijadikan ikhtibar kpd kita semua. Kalu tak dapat, takpe laa..
Wassalam




9 comments:
aku tau siapa ibunya...hahahahaha..xpa2, nti sampai lah ia kepadamu..ketika itu, jadikan aku 'best man' ko.
saje xnak kc publish nama ibu tu ha..hahah..habaq mai la..
btw mimpi ko mcm crite cerekarama tv3 la plak..pnjg je..hukhuk..blom pnh ku mimpi cte sdemikian rupe..hee
mimpi yg menarek... :)
rindu plak kat mak n abah kat umah..huhu...
faez iden: woi jadi stalker dalam mimpi ker? InsyaALLAH.
Dyla: mmg tak bhajat lagi pun nk tau sapekah orgnya. hohoho dah lama aku tak tngok TV3...ko duk mimpi psl bisnes diesel jer~
Nabil: boleh la dikatakan mnarik (ats penilaian msg2)..ayuh nabil bergegas pulang summer nanti..
salam rumate. bagus la terpk psl anak siap2. kalo selama nih kita mencari teman ("still searching" kate org) kriteria yg kite tetapkn tahap paling tinggi kite letak pon isteri solehah. harap2 lepas mimpi nih tambah lg satu kriteria....
ibu mithali....baru jadi isteri sejati
harap jadi pak cik yang baik pada anak aku nanti...Bunayya
Biiznillah
rs nk gelak tp buleh tahan laaa..
apetah lagi tentang si ibu tu heheee
btw,sweet sggh ibu bapa mu~=p
eh jap,kalo mimpi jadi kenyataan cmne??? hidup mati di tgn Allah..
Salam.
Huhu. Mimpi ko mcm drama swasta plak. Ahaks. Mungkinkah pengaruh Exora (Khusna, tlg semak ejaan) terbawa2 smpi ke Dublin? Haha.
Woo, bestnye dh confirm boleh balik summer ni. Boleh book flight Air Asia dr London. Murah2.
Haha. Aku kena lepas sume exam baru bley balik. Kalo xlepas tngu la taun kemudiannya. 2 pn kalo lepas exam gak. Haha.
Haih, exam exam exam. Penat.
whoa...menarik btol..isu siapa-ibu-kanak2-itu,biarlah rahsia Tuhan.. hehe..yg pntg kawin jgn lupe jmpt aku.. =)
hidayah Allah kan mcm2 cara. simple dream dat gives huge impact.not bad.
huu..aku x beli lg tiket.ingt nak transit ausie dl nnti.mcm mne pun...msia!nntikan kepulangan kami summer nnti! huk3..
Ibnu Bunayya: ni lagi advance, dah namakan anak siap2...hohoho...layakkah diri ni mentarget tinggi2~
Khusna:kalu jadi sguh, aku redha jela. Jodoh rezeki hidup mati di tangN Tuhan. Usaha dan doa yang terbaik
Fakhrul: wowowo, tetiba aku terasa cuak...ayuh kita sama2 pulon
Leen: komen anda sama ngn kata2 ibuku sewaktu aku bercerita dengannya
Post a Comment