Rabu lepas genaplah 2 bulan aku menjejakkan kaki di tempat orang nih. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas nikmat kurnia-Nya yang tak terhitung ini. Sepanjang 2 bulan ini berbagai-bagai perkara yang aku alami... ada yang menggembirakan, meriangkan, menakutkan, mengerikan, menyedihkan, mengecewakan. Namun semuanya masih di dalam kawalan. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan seperjuangan di sini. Juga doa ibu bapa dari kampung halaman. Dah dah....ceria selalu.
Mungkin aku boleh berkongsi serba sedikit pasal apa yanga ku perhatikan di sini. Apa yang aku suka ialah
Jalan raya di sini disediakan ruang untuk kegunaan penunggang basikal. Ini menambahkan lagi keyakinan aku utk berkayuh di pagi hari ke RC. Masalahnya, laluan berbasikal bertindan atau bertindih dengan laluas bas. Kekadang aku rasa diri aku sekecil beras bila diikuti secara rapat oleh makhluk bernama Dublin Bus.
Sampah dikenakan bayaran. Cam pelik kan? Utk kawasan perumahan y aku diami (kebanyakan tempat lain pun), setiap plastik sampah harus ditampal sticker yang dibeli.Kalu tak tampal , petugas takkan amek sampah depan umah. Situasi ini mengajar aku utk bersungguh2 menguruskan pembuangan sampah. Yang mana dpt dikitar semula masukkan dlm tong sampah khas ( sampah y dapat dikitar smula tak kena bayar). Juga belajar utk menghargai plastik sampah.
Beg plastik kena bayar. Di shopping centre, beg plastik adalah bukan percuma. Kena bayar gak. Ini bertujuan utk mengelakkan pencemaran plastik (terkenang Mydin di kampung halamanku). Maka, jika ingin ke kedai, aku biasanya mbawa beg galas atau goodies bag siap2 supaya tak membazir duit.
Penggunaan laser card. Kebanyakan kedai ( yang kecik or y besar) menyediakan pkhidmatan bayaran dngn laser card dan duit akan ditolak scara automatik dari akaun bank kita. Kiranya tak perlulah bawak duit banyak2 dlm poket. Laser card brbeza dari credit card sbb takde charge dikenakan. Lagipun, boleh semak akaun bank kita 24 jam guna online banking. Namun kena hati2, jika pin code diketahui org, amatlah berbahaya. Boleh menangis air mata darah jika duit MARA habis dikebas orang..wawawa... help me Encik Khamis (pengarah MARA di Ireland)
Online purchasing. Yang paling famous (setahu aku) ialah eBay dan VikingDirect. Istimewanya pembelian online ni ialah harganya sangat jauh lagi murah daripada yang dijual di kedai-kedai biasa. Cumanya kena bayar untuk kos penghantaran, tapi masih juga murah. Kadang2 dapat percuma kos penghantaran.Penghantaran maksimum seminggu. Masalahnya kena guna kad kredit laa. Aku rasa basikal aku yang aku beli mlalui ebay (155euro jer), jika dibeli di kedai biasa mungkin mencapai 1000euro( sebab sangat canggih). Dan aku rasa sweater Muadz yang dia duk bangga2 ngn aku tu hanya 20euro jika dibeli ikut ebay (sori Muadz, tapi kenyataan~).
Kemudahan utk orang kurang upaya. Di sini orang kurang upaya juga berpeluang utk enjoy jalan2 di city centre dengan kerusi roda canggih mereka. Boleh self-control dan amat kiut. Guna bateri kot. Nmpak tenang jer mreka dengan kerusi roda tuh. Kadang2 secara bersama2 ngn geng2 kurang upaya. Tak pernah pulak aku nampak mreka racing sesama mreka. Kehadiran mreka pun diakui oleh orang lain. Jika ingin melintas jalan, biasanya kreta akan bhenti utk bagi peluang kpd mreka. Bas pun ada mnyediakan pelantar utk mnyenangkan mreka masuk kedalam bas. Kekadang, tatkala keletihan berjalan, aku rasa nak pinjam krusi roda tuh dari mreka~
Tiket flight yang murah.Ini membolehkan kami melawat negara2 europe apabila cuti menjelma nanti. Bukanlah satu yang mengejutkan orang dari Dublin ke UK utk menghabiskan waktu hujung minggu mereka (bukan aku la)... Tiket dari Dublin ke Sepanyol (InsyaALLAH bertandang ke spanyol lpas exam) pun hanya 25 euro..
Komuniti Islam yang prihatin. Apabila berjumpa di jalanan, restoren atau di masjid, ucapan salam tak lekang kedengaran walaupun saling tak mengenali.

Namun, ada juga perkara2 yang aku kurang suka
Namun, ada juga perkara2 yang aku kurang suka
Peminta sedekah. Kat dublin ni, bilangan peminta sedekah agak banyak. "Any change sir??" merupakan satu bnda yang selalu didengari. Bukan bermaksud kedekut, tapi was-was adakah mreka betul2 mngemis atau hanya sekadar hobi. Yang paling tak tahan yang bawak baby atau kanak2 utk tarik perhatian, tapi bila dapat duit pergi beli rokok pulak..aduh..entahlah...sila bagi petunjuk..
Najis di jalanan. Pada awal2 ketibaan aku di sini, tdpat banyak najis2 anjing di ruang bjalan kaki. Time tu masih summer, so banyak la anjing yang dibawa berjalan. Walaupun kerap kali dibersihkan (setiap awal pagi dan senja), ketulan-ketulan tahi masih lagi jelas. .Pemilik2 anjing ni amat prihatin. Apabila anjing2 mreka menunjukkan pergerakan goyang2 punggung (mungkin sbb anjing tu cemas) terus dibiarkan melepas. Yang sempat mencari perdu pokok ok laa. Kalu tak, bergelimpangan la di atas jalan..urm..tapi sekarang musim sejuk ni anjing pun jarang kuar rumah. so jalan nampak lebih bersih.
Jalan yang sempit.Serius!!! Memang jalan kat Dublin amatlah sempit.Dahla sempit, ada ruang utk parking lagi di tepi. Makin la sempit (emosi~) . Walaupun sempit,semua benda boleh lalu. Dari sekecik2 basikal hinggalah sebesar2 bas or lori.Nasib baik helicopter tu terbang, kalu tak msti nak lalu jugak. Haishhh... Kalu Irish ni datang Malaysia, msti mrka kagum dengan kelebaran jalan di Malaysia, terutamanya lebuh raya Bachok- Kuala Lumpur. Tapi kat malaysia, faktor kematian utama (dengan kuasa ALLAH) ialah kemalangan jalan raya. Fikir2kan lah.

Ini apa yang aku perhatikan saja. Mungkin banyak lagi perkara2 menarik utk dikongsi. Perlu terokai dengan lebih mendalam.Apa-apa pun bak kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di tempat sendiri, lebih baik negeri sendiri lagi.Yang baik kita contohi. Yang buruk jadikan sempadan. Sekian dulu. Wassalam

5 comments:
salam...ee, jage basikal tu elok2...jgn smpi kne curik lak..haha..
papepn, Alhamdulillah bende yg ko ske lg byk drpd yg ko x ske... :)
Betul tu... aku setuju banget dgn nabil.
Hati2 bila bawa basikal...
Lepas tu kalau jln slalu2 lah mengawasi stiap langkah... kalau tersilap langkah, busuk padahnya...
hahaha...
hahaha :D tarikh perhatian? hehe
bagus la, byk differences compared to msia. kat penang ni sume same je ngan shah alam except for anjing sini mcm burung quantity nye. huhu.
p/s: sgt smgt nk pi dublin. doakan2.
nway, comel nye smiley2 itu!
mak aku kate,nk sesuaikn diri perlukn mase tp ko ok je..agak2 kalo tensi dek kerana anjing dan segala,kayuh basikal laju2 masuk lake yg bnyk swan tu...heeee~
p/s:simpan duit sket buat jln ke oz plak..=p
@'Nabil: Tq nabil weh. InsyaALLAH akan dijaga sepenuh hati~
@Tim: Wowowow, takde la sampai busuk!
Nana: Work hard ok! Yakin dengan pertolongan Ilahi
Khusna: Aku teringin nak mandi ngn swan tapi skill berenang kuak kupu2 masih tak mantap.Apa kata ko y datang Dublin??
Post a Comment