Nabi Muhammad pernah memberi nasihat "tuntutlah ilmu hingga sampai ke negeri China". Mengapa baginda memilih negeri China? Setahu aku (dengan ilmu yang serba cetek ni) ada pakar-pakar sejarah mengatakan ketika baginda Muhammad SAW masih menggunakan kulit kayu dan kulit kambing sebagai tempat menulis, rakyat di China telah menggunakan kertas. Wallaualam.Minta diperbetul jikalau silap.
Keutamaan menambahkan ilmu pengetahuan memang tidak dapat dinafikan. Samada untuk kegunaan sendiri atau insan2 lain di sekeliling kita.Sepanjang keberadaan aku di tempat baru nih telah aku ketemui beberapa perkara yang samada aku tak tau atau salah maklumat sebelum ni.
Kiranya baru ku tau bahawa :(perihal di dapur)
- kunyit berfungsi utk memberi kaler kuning kpd masakan (sbelum ni aku ingatkan kunyit nak bagi rasa ape2)
- kita tak perlu masukkan biji lada kering sekali ke dalam blender. Cukup sekadar kulit lada kering tu jer selepas direndam dalam air panas
- bawang putih, selain ditumis di awal masakan, ia mengandungi khasiat sbg antibiotik alami dan dapat memecahkan kolesterol y menyekat perjalanan darah serta dapat membantutkan ketumbuhan tumor (InsyaALLAH)
Selama ni aku tak tau (perihal kesihatan)
- inguinal hernia bagi lelaki atau dalam bahasa Malaysia ialah angin pasang (bahasa Republic of Bachok-uluran) bukan disebabkan testis membesar (ini yang aku ingatkan sblum ni) tetapi kerana kandungan perut (abdominal contents) yang masuk ke dalam scrotum.
- tidur dengan menutup kepala dengan selimut boleh menyebabkan kerosakan sel-sel otak kerana gas CO2 dalam udara hembusan tak dapat melepaskan diri (terkurung dlm selimut)
- kalu spleen kita cedera (kena daya y kuat-berdarah etc..), kita akan dapat rasa sakit juga di bahu sebelah kiri sebab ada kaitan saraf.
- untuk nak bagi suntikan kat bahagian punggung, takleh nak main2 suntik2 jer kerena dibimbangi akan terkena saraf (sciatic nerve). Kena suntik kat bahagian atas dan luar (upper and outer)
Tak tau la pulak camtu (perihal apa-apa sajelah)
- Setiap bank di Belfast mengeluarkan duit kertas masing2. Kadang-kala ada sesetengah kedai tak terima duit yang dikeluarkan oleh bank A, hanya terima duit bank B.Terbayang kat Malaysia kalu Tesco tak terima duit dari bank CIMB, hanya terima duit dari Maybank-kacau bilau
sekadar berceloteh di tengah malam..huhuhu
wassalam
selingan:
kata2 bondaku ketika aku menyampaikan rasa rindu kat family di bachok
kerinduan,kesunyian kekandang tanpa diminta menerjah hati kita.ketika itu kita hanya ada kenangan untuk kita sandarkan bersama
kata2 seorang kawanku apabila aku mengatakan kerinduan kpd sahabat2 lama
jgn terkenang terlalu lama,keep on with life...org yg ditinggalkn sentiasa ada kalau sentiasa diingati

10 comments:
amboi seekor duta masakan berbicara..
Haha. Byk gle info yg baru aku tau.
Testis membesar? Haha. Ni paling lawak.
slame ni ko ingt kunyit bg rase pape ke..hukhuk...
mgkin lawak je belfast nye money system...ade ke suka suki nak pleh bank mane ske..cets sguh..hakhak
1.kiranya baru juga ku tahu tentang "tntutlah ilmu hingga ke ngri china..".
2.mmg xperlu blend bijik cili kering,buang dulu before rendam.. alahaiii
3.slalu sakit bahu kiri,spleenku rosakkah?
4.alahaii kenangan~
@tiger:tak lama lagi akan jd raja masak
@fakhrul:ko boleh bayangkan betapa aku cuak bila org tua ckp psl testis membesar (taknak!!!)
@dyla:aku igt kunyit sama cam halia
@khusna:mgkin bahu tertindih sbb banyak sgt bantal...entah~
TUNTUT ILMU!!!
hahaha. menarik2 byk info
eh khus, sy ikut tips nenek syaki. rendam je skali biji, ble dah rebus tapis, nnt biji float. menarikkan, x la pijar. hoho.
eh camne wat smiley begitu?
"jgn terkenang terlalu lama,keep on with life...org yg ditinggalkn sentiasa ada kalau sentiasa diingati"
ee, yg ni aku x berapa nak paham..
da lame x menjenguk page ko.. urm klaka gak ye.. bgs la tau skg.. hehe..
dyla, kalo nk tgk duit belfast, mai la dtg...hoho...kat sini ade byk jenis duit... :)
ee, bile nk dtg belfast ni??
duet belfast byk jenis..menarik!hukhuk...tgu cuti nanti mai trun belfast..ee ko jgn p syp2 je..haha..nk ikot~
nana: yer ker biji akan float? aku rasa biji y akan di dasar mangkuk...smile amek dari SweetIM..
Nabil: bila keadaan smuanya beres, akan bertandang ke Belfast..hukhuk
Dila: ayuh, buat rombongan mlawat nabil grasshopper.ko memandu~
Post a Comment