Saturday, October 4, 2008

seminggu sudah

Khamis 3hb Okt 11.23pm...tatkala diri dikurniakan kesempatan utk menyampaikan khabar..huhu..

assalamualaikum dan salam sejahtera
rasanya masih belum terlewat untukku melayangkan salam aidilfitri utk kalian smua (y visit blog aku je la,hahaha)...Ku susun sepuluh jari memohon kemaafan utk setiap salah silap sepanjang detik perkenalan.Aku pun halalkan sgala makan minum mana2 kawan y terambil samada sengaja atau tidak (khusus kepada sahabat di Cardiff,haha)...

dalam kekalutan, genap seminggu diriku mendarat di bumi Ireland ini, tepatnya di Dublin (tak gi lagi tmpat lain)..banyak pkara baru y aku alami (at least perkara baru utk aku la) yang sememangnya berbeza dngn apa y kedapatan di Bachok, mahupun negara tercinta Malaysia..huhuhu..Sedikit ulasan ttg keberadaan aku di sini..

KEBERANGKATAN DAN KETIBAAN
Terima kasih kpd ahli keluarga dan sedara2 y sudi datang bertandang ke KLIA tempoh hari...doakan Ee bjaya di sini..kpd kawan2 y bersusah payah dtg, tiada ucapan y bisa mngambarkan perasaan terharu dan terima kasih...smoga kita sama2 bjaya...Perjalanan y mgambil masa lebih kurg 12 jam ke airport Frankfurt Germany alhamdulillah berjalan lancar walaupun seluarku kunyup kerana air tertumpah tatkala kapal terbang bergegar kuat akibat cuaca y tak elok..(at least aku bnasib baik dibandingkan kawanku y tertumpah beer ke ats tudungnya) ..dari Frankfurt ke Dublin hanya 2 jam mnaiki Air Lingus...ketibaan kami disambut dengan meriah oleh seniors pada pukul 12tgh waktu ireland...akibat kepenatan, aku tertidur slpas maghrib..terbangun kul 2 pagi..aiyoyo..walaupun stelah smgu, aku masih terikut2 waktu malaysia, terutamanya bab tidur..

Family yang sentiasa diingati

Rakan2 Beseriku yang supportive


Terima kasih kerana sudi datang, wpun tanpa tat nenas


Frankfurt Airport Germany


Selamat Men'landing'kan dirinya

RUMAHKU SYURGAKU
Rumahku (218) berlokasi di dublin 8..betul2 depan Dublin Mosque( y diubah dari church)...asal lintas jalan je msti dah sampai masjid...asal dah sampai masjid jer, mesti aku dah lintas jalan...Rumah 2 tingkat, 14 phuni, 8 bilik..harapnya aku bahagia di sini..roomateku Firdhaus Pazil atau lebih mesra dipanggil Aus..setakat ni segalanya beres lagi memuaskan hati...banyak kami shopping utk memeriahkan bilik kami..thanks Aus..

Roomateku,Aus Pazil

SEKOLAHKU
25 minit berjalan dari rumahku..RCSI, spt y diperkatakan, mmg kecik..hanya 4 course ditawarkan-medic, pharm, physio, dan nursing..tapi sistemnya boleh dikatakan y terbaik..termoden..(org kata)..lecture smuanya ok, cuma diriku memerlukan lebih masa utk men'adaptasi' telingaku agar cekap menangkap terminology oleh lecturer..aiyo tensioon..org malaysia agar banyak di sana...sehinggakan kat lobby kolej pun ada jam waktu Kuala Lumpur (ada kaitan ker??)...ada Prayer room yang juga dibuat solat jumaat kat sini..sgt bertuah..hari ni aku dah mula masuk lab anatomy..huhu..kami blajar lower limb...tanganku kuat menggigil tatkala men'dissect' paha manyat yang tidak kuketahui telah disimpan brapa tahun..huhu..insyaALLAH aku akan berusaha sedaya mungkin utk grad di rcsi ngn jayanya..

No idea
MASJID
huhu, sangat bersyukur sbb di Dublin ni banyak masjid...setakat ni aku berpeluang utk berkunjung 3 masjid besar..satunya Dublin Mosque(depan umahku)..duanya ICC, yang mana aku berkunjung utk Iftar selepas melawat Arman di University College Dublin (UCD)...sangat lawa dan sempurna..merupakan masjid terbesar di Ireland..ketiganya ialah Madina Mosque y mana aku berkunjung utk solat Jumaat tadi...terletak di City Centre...baru didirikan..bak kata orang luar cam setinggan, dalam cam kondo...tapi yang tak tahan khutbahnya dalam bahasa Urdu...langsung tak faham..terkenang CD hindustan yang banyak di rumah..yang peliknya slpas solat jumaat, mreka sambung 2 rakaat lagi..katanya wajib..aiyoyo..basically, masjid merupakan tempat y sangat penting sbg tempat pertemuan dengan malaysian and muslim...moga aku dikurniakan tenaga n hidayah utk slalu berkunjung ke sana...

Berbasikal di UCD(basikal pinjam)

Dublin Mosque

Madina Mosque

Dubliners...

hahah,betulker??Mreka mmg ramah...selalu tersenyum dan boleh diajak berbual..slalu bagi jalan kpd penjalan kaki spt kami (cam biasa la)..tp bnda y baru bg aku ialah "Anakdol" iaitu perkataan y digunakan kpd (sebilangan kecil) kanak2 Irish yang nakal dan jahat (serius)...kiranya mreka ni Irish y tak educated laa ..takpun kurg bertamadun ...mreka amat tak suka foreigners, tmasuk malaysian..pernah kawanku dibaling telur..ditolak dari basikal..dibuang sampah..diajak bertumbuk etc...sbb tu kami slalu jalan in group..yer la,lebih baik mcegah dr mengubat.. y paling malang, statistik menunjukkan purata stiap plajar malaysia akan dicuri basikalnya...dah la basikal agak mahal (bg aku mahal la)-200-300euro...kalu basikalku dicuri, mmg kekecewaan y teramat moksya laa..haha..lelaki Irish amat la macho dan tinggi lagi sasa..sometimes aku rasa diri aku kerdil dan pendek jer kat sini..aiyoyo...Ppuan Irish pulak boleh dikatakan 'hot' (y muda mudi), energetic dan talkative...tapi bagiku ppuan melayu malaysia lagi elok..huhu (terutamanya y menjaga penampilan n batas aurat)~lupakan...

Eid Mubarak
huhuhu, yang ni pngalaman baru kat sini.Kami malaysians mostly gi solat raya dekat malaysia hall..mmg ramai malaysian kat dublin ni..huhu..ada plajar y datang ngn housemate..dengn kawan2, dengan suami or isteri dan y paling tak tahan dngn baby dalam stroller..huhuhu..begitu bahagia mereka...slpas selesai di malaysia hall, kami berkunjung ke umah Hj Fauzi( businessman malaysia kat ireland)..huhuhu..gila bangat mewah makanan..tapi diriku beku akibat kesejukan dan angin y kencang di luar rumah (aku n aus kena makan kat luar sbb kat dalam penuh)..banyak gi jalan2 ke umah malaysian y lain..huhuhu..tepat kul 3pm terpaksa pergi ke rcsi sbb ada kelas..huhuhu..slepas klas gi ke St Stephen Green Park bsama ngn Aus, Auni Nadiah dan Arslan (sahabatku dari Norway-merangkap bodyguardku-,mmg tough)...hujung mgu ni pun banyak open house ni serata Dublin..hohoho...



Housemates before gi Solat raya


KMBians di umah Hj Fauzi

Di Malaysia Hall


Petang raya


Di St Stephen Green Park dengan Arslan


Lagi gambar bersama Arslan

Sekian sahaja dulu buat kali ini...diriku hanya insan kerdil di dublin..wassalam


9 comments:

Nur 'Afifah said...

salam ee.. best of luck!!!! study smart!!!

KHUSNA said...

1. perlukah mention psl tat tu?? aki betol2 lupe..sorry laa
2. siapakh 'gadis melayu' tu?? hahaaaa
3.btw thnks sbb sudi letak gmbr aku huhuuuuu..
4. menyesalkah beli webcm tu??

ALL THE BEST,BLAJA ELOK2!!

ee_zafrullahafham said...

1.rasanya perlu..sebab aku tak sediakan space dlm handluggage aku utk mnerima tat nenas kebanggaan ko..takpe la~

2.'gadis melayu' tu umum la..tak merujuk kepada sesiapa (sungguh!)

3.oh, sbg penghargaan bersusah payah dtg airport di malam hari

4.agak mnyesal..tapi takpe laa..at least boleh guna webcam utk buat muka depan laptop

SURE...insyaallah

JHaZKiTaRo said...

akum bro. aku link blog ko dlm blog aku. hope u wont mind. cheers..

p/s: aku jumpe blog ko thru tiger's blog

Faries Farhan said...

Warghh...mcm best banget.Ni yg membuatkan aku nk wat perkara yg menarik nih.Hahaha...

ee_zafrullahafham said...

Bro Jazz: ia satu penghormatan buat saya..with pleasure

Faris:gapo mendo mnarik tuh?suspicious aku

liyana said...

haha. menarik2! seisi keluarga tu dtg anta. potong rambut eh? daniel gaya baru? hehe apekah soalan ku. jgn bg makan tat nenas lak kat swan2 itu. hehe

Anonymous said...

update pelissssssssssssssssss!!!!

ee_zafrullahafham said...

hohoho..sabar dong~mmg dah siap entry baru cuma tak add gambar lagi..hoho