Sunday, October 26, 2008

tatkala melangkah di bumi Allah

Jumaat malam (24hb)

Menghadiri ceramah bertajuk "Is Religion Relevant Today?" di Trinity College Dublin oleh Idris Taufik ,seorang bekas paderi yang kini merupakan seorang muallaf...seronok dan kagum walaupun 45% daripada masa ceramah itu aku tertidur (diulangi-TERtidur)...tetiba kekawan dari Galway mencalling2 memaklumkan ketibaab mereka di Dublin City Centre...sebenarnya ramai kawan2 dari UCC dan NUIG bertandang ke Dublin hujung minggu ini sempena Dublin Games di UCD anjuran Kelab Umno Dublin..lagipun Isnin cuti kerana Boxing Day...aku keluar awal dari dewan ceramah utk menjemput kawan2..rupa2nya di akhir ceramah itu ada seorang wanita Irish (yang asalnya Kristian) telah melafazkan ucapan syahadah..subhanallah...aku terlepas utk menyaksikan saat yang penuh bermakna..semoga Allah menguatkan nekadnya untuk menghabiskan sisa2 kehidupan di dalam satu2nya agama yang diredha Allah ni..insyaALLAH...


Balik umah, badan penat..fikiran letih..tapi bila memikirkan trip kami keesokan harinya (Sabtu), aku jadi segar...seniors kami Afiq dan Bro Jhaz akan mmbawa kami dan rakan dari Galway ke Botanica Garden dan Bray Beach...maka kami sama2 memasak...mmg meriah umah walaupun jam telah menunjukkan angka 12...Bro Jhaz masak sushi...Bro Afiq masak cekodok (tak tau perisa apa), Faez dan Yunus mennyediakan sandwich...yang paling hebat ialah masakan (yer ke makanan?) aku dan aus..kami berdua berganding bahu dalam mencuba resepi terbaru menggunakan bahan yang aku bawa dari Bachok (nyaris2 dirampas di Airport Frankfurt!)... setelah mngikuti segala arahan, akhirnya hidangan kami siap 100%-dadih segera perisa strawberry...kemudian tidur..kekawan NUIG dan UCC menumpang di rumah kawan2 serata Dublin ni...




Sabtu (25hb)
ramalan cuaca mengatakan hari ni akan hujan...kami mngharapkan ada kesilapan dalam ramalan tu tapi malangnya hujan turun secara bersungguh-sungguh..pasrah dan gelisah..tapi perjalanan masih diteruskan...kami berangkat ke Botanica Garden kul 12.20tghari walaupun plan asal kul 10pg..aishh..menaiki Dublin bas bewarna kuning pisang menambahkan lagi keriangan di hatiku..ditambah lagi dengan gelagat orang tua Irish (yang nakal dan jahat) yang meminta sandwich kami... huisshhh..takkan diberi...sampai di Botanica garden...waaaa..sangat lawa...masuk rumah kaca yang menayangkan pelbagai tumbuhan termasuk pisang dan cactus...kemudian jalan2 lagi di sekitar...banyak tupai yang amat jinak...sungguh seronok memberi makanan walaupun sedar bahawa tangan boleh tembus jika digigit...cari tempat sesuai dan makan bekalan y dibawa...kenyang sampai bonjol perot...hujan masih turun...lompat sana lompat sini...posing sana posing sini...guling sana guling sini (hohoho tak perlu menipu)...last sekali bertolak ke city centre balik utk solat Zuhur sebelum meneruskan pjalanan ke Bray Beach






Perjalanan 1.5 jam (ngn bas) membuatkan kami memilih utk menaiki train ke Bray (much much faster) ...first time naik train ni mmbuatkan aku sangat teruja sehingga ingin terjun turun..huhuhu...masih boleh mengawal diri...sampai di sana terus terpegun lagi terkesima sehingga hampir berdarah hidung dek kehebatan cintaan Allah bernama pantai ini..bezanya pantai di sini ngan pantai di Republic of Bachok ialah di sini pantai berbatu dan bertebing tinggi...sebelum mendaki bukit kami sempat menunaikan solat Asar...ada beberapa orang kanak2 Irish yang memerhatikan kami sembahyang...mereka agak nakal dan hampir membuatkan aku sakit jantung sebab terkejut apabila ada sorang boy ni dengan slumber badak sumbunya meletakkan tangannya di bahu aku utk amek gambar..hohoho..nasib baik aku tak membelai pipinya dengan lututku yang amat pantas ni..hohoho (kepada kwn2 yang di tempat kejadian-rahsiakan perkara sebenar yang blaku)...





kami mendaki satu bukit di tepi pantai..amat tinggi....terus berjalan..angin kuat..teruskan lagi berjalan..angin kian mengganas..mataku menjeling ke arah kawan2-Danial tercungap-cungap, Cik Lim senyum kambing, Izzat Kira-kira sangat serius, Izzat Korea asyik duk amek gambar, Muyih mendaki, Aus tergolek berpusing-pusing, Faez berlari-lari...Bro Jhaz tenang menunjuk jalan dan Afiq dan Khairi tak kelihatan (main sorok2)...tanah lembab dan licin akibat hujan menambahkan lagi cabaran...namun puncaknya kian terbentang di atas sana...aku cuba menghiburkan suasana dengan mendendangkan lagu "Menuju Puncak Akademi Fantasia" namun takde sape yang layan..hampeh...sesampainya di puncak....Ya ALLAH...begitu indah ciptaan-MU...permandangan dari atas sana sangat menakjubkan sehingga tak terhurai oleh kata-kata... bandar... laut terbentang luas...bukit..wawawawa...semua rakanku memposingkan diri ala-ala cover album Westlife..mmg takleh blah..tapi aku turut sama..lantak laaaa...pastu ada pulak aktiviti menjerit-jerit...lepaskan tekanan batinmu..hahaha..aku pun jerit gak..memanggil Payat, Mirul dan Ainna di kepulauan UK sana..tak tahu mereka dengar ke tak..mybe Payat tgah bermesra ngan twisties...lupakan...yang pasti gambar sukar diambil di atas sana kerna angin sangat kencang..kamera pun tergetar-getar..diriku sendiri telah mula TERterbang, nasib baik sempat dipegang oleh Danial...kalu tak msti aku dh mendarat di Chezh sana...setelah puas bergumbira, kami berjalan menuruni lereng bukit dan berlepas ke City Centre skali lagi..namun akibat terlepas train, kami solat maghrib di tepi landasan train sbb waktu maghrib hampir tamat...huhuhu





sesampainya kami di city Centre, kami singgah di Madina Restaurant..oh yaa, lupa nak kenalkan sorang lagi senior...antara watak penting dalam trip kami hanya disebabkan dia belanja kami semua makan di restaurent Madina tu....baru lepas grad..kerja di satu hospital di Dublin...luruh buah pinggangku mendengar gajinya...tapi tu soal kedua..yang penting dia amat merendah diri n sudi berkongsi pengalamannya di sini hampir 6 tahun..makan makan makan dan makan...alhamdulillah...


balik...zzzzz..terus tertidur...bangun kul 2 pagi utk bukak stocking dan solat isyak.. huhuhu..kemudia sambung tidur..zzz
seikhlas hati...aku sangat gembira dan berterima kasih kpd Bro Jhaz n Afiq kerana mbawa kami jalan2...wassalam

P/S:kekawan dari Galway dan Cork pulang ke tempat masing-masing pada petang ahad...selamat tinggal semua..insyaALLAH berjumpa lagi

11 comments:

JHaZKiTaRo said...

thanx for this wonderful entry.. aku linkkan entry ni kat entry terbaru aku ye.. malas nak tulis details pasal trip ni.. hihih.. by the way, my friend fyzal tu bukannye keje kat dublin.. die keje kat dundalk.. 1 1/2 jam naik bus from dublin.. hihi

dylasham said...

cun gle pic2 tu..jeles2..hukhuk..xkre nextyme ko kne bwk g gk tmpt tu..wat trip clasmte ke..hukhuk..pesal ko xjerit name hui2 weh..cets..hii..

KHUSNA said...

wah seronok nmpk..aku sronok gak duduk kt msia~heeee

Ahmad bin Ariffin said...

salam E'E'..bestnya gambar2 ko kat sana.nak no tepon boleh? hihi

ee_zafrullahafham said...

salam everybody...

Bro Jhaz:sukacitanya diizinkan...erk salah info la pulak psl fyzal tu. btw, sgt menghargai jasa kebelanjaan dia malam tuh

Dila:insyaALLAH akan kubawa..tu pun kalu ko larat..bimbang aku ko tergolek2 ke bawah..ahaks...aku tak ingat pulak Hui2 kat UK...aishhh ampun

Khusna:tak faham...apakah maksudnya?

Ahmad:ko pun best gak duk Germany...no aku 0857646328 ireland punya kod +353

liyana said...

waaahhh menarik2! esp gmbr daun2 tu. ee, ku sangka kamu masak pes tomyam dr bachok ke ape. rupanya dadih. aduss. ee! ko dah slim spt nabil eh skrg? siap mampu terbang ke czech. hoho.

laniaz_ said...

afham ade blog rupanya.. sejak bila lg ni? senyap2 jek.. smpi ireland pun x gitau orang.. sedih2.. anyway, selamat belajar dan berusaha.. dari rakan 2 belah bilik mu..

laniaz_ said...

huhu:)
letak la shoutbox, senang ckit.. penat nk kna tggl komen tiap2 kali.. ade ym? add la aku jena_zh@yahoo.com

dylasham said...

cis...apekah maksud ko kalo ak larat ha??adekah kerana ku semakin memberat??ahahah..ko mtk maaf kat hui2!

ee_zafrullahafham said...

Nana:ces, jngan pandang rendah terhadap dadih segeraku...susah gak nak buat...btw, rasanya makin ringan skrg

Dila:hohoho tidak bermaksud diri ko memberat tapi mungkin ada gak kemungkinan tuh...ampun Hui2....tak ingat langsung..haha

princess_hour said...

syOk bacer pngalamn bro...
kalu bro ad lagi pngalamann y menarik,
bro SUMBAT jer dlm blog ni...
sy sudi m'bacanyer dgan riang hati...