Namun...
Tak semua yang disukai boleh dimiliki. Bukan kerana sebab lain tetapi disebabkan masanya belum sesuai. Diri sendiri kurang bersedia. Hidup penuh dengan kronologi yang tidak boleh dipandang remeh rentetannya. Kekadang wujudnya komitmen lain yang memustahilkan aku untuk mengaut sesuatu peluang yang terbit. Yang utama perlu diprioritikan.
Tidak guna memilih sesuatu hanya kerana kewujudannya di depan mata dan ingin mengejar keseronokan dan habuan jangka pendek semata-mata kerana keadaan diri yang tidak bersedia akan menimbulkan situasi yang lebih rumit.Im afraid i'll ruin it.
Setiap org mempunyai prinsip hidup yang tersendiri. Tak semestinya keputusan yang diambil oleh orang lain merupakan pilihan yang terbaik untuk diri aku. Perkara yang sama mengenai masa. Setiap orang mempunyai "sudah tiba waktunya" yang tersendiri. Tidak boleh salahkan orang lain mahupun diri sendiri. Itu norma kehidupan.
Suatu hari nanti, aku mengharapkan peluang yang SAMA akan muncul kembali walaupun aku akan lebih bersyukur jika dikurniakan yang lebih baik. Namun, andai kata yang muncul di kemudian hari tidak sesempurna yang sekarang, aku masih bersyukur dan menghargainya kerana pada waktu itu aku memilihnya dalam keadaan diri yang telah bersedia.
~adakah ia yang TERawal atau aku yang TERlewat???~

:: success occurs when opportunity meets with preparation ::

8 comments:
aku dh faham apa yg ko cuba sampaikan.just go for it.hanya tuhan saja yang tahu.
hoho aku pon akhirnya dah paham. don't rush for it but don't be late.
Bila sudah bersedia, peluang pun mampu dicipta.
the time will come.
huu. aku baca the day ko post, tp x tau nak comment pe. hope u'll get what u wish for! :D :D
wah3.. mendalam sekali pengertian entri ni.. 10m aku menyelam, baru dpt faham.. hahaha.. dont worry bro. the time will come
huhuhu...bagus la smua dah faham..
entry ni ditulis tatkala aku tengah dilema nak menerima ajakan Arman utk bercuti Winter di Turki..sedangkan aku ada exam lepas tuh....
slpas fikir2, aku decide taknak ikut...
ok2..baru paham. mendalam sgt.. ligat serebrum ku bekerja namun masih x jmpe. skg br paham. wise decision.. =)
Post a Comment