Keluarga y dikasihi
Tiada kata yang terungkap...tiada bicara yang tertutur...tiada bisikan yang terlafaz...tiada gambar yang terlukis...tiada kalimah yang terkarang...yang mampu menjelaskan betapa Ee menyayangi papa dan mama serta adik-beradik sekalian...Terima kasih atas sokongan dan doa yang tidak putus-putus untuk Ee...Pastinya Ee akan merindui keluarga di kampung halaman dengan sepenuh perasaan.Ee meninggalkan keluarga dalam situasi yang kurang sempurna...Ampun dan maaf dipohon jika keberangkatan Ee kali ini menelan banyak belanja tatkala keadaan ekonomi yang tidak 100% stabil...kepada Abang Long dan adik-adik (Didie, Yan, Yiyi,Siti,Azam, dan yang paling dirindui,Hafiz) kali ini buat kali pertamanya kita tidak bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri...kali ni Ee tidak berpeluang untuk mneruskan tradisi bersalaman dan di pagi raya...Walaupun agak sedih, harapnya raya kali ini masih meriah seperti biasa...Menyambut kejayaan kita sempena 30 hari berpuasa sbg rukun Islam y ketiga.Gembirakan hati Mama yang mungkin bersedih. Riangkan hati Papa yang mungkin sedikit terusik.Salam AidilFitri dari Ee. Iringi perjuangan Ee dengan doa tulus kalian.InsyaALLAH kita sama2 berjaya dalam bidang masing2.

Sanak saudara dan jiran tetangga
Terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan dan hadiah sempena keberangkatanku...Walaupun dalam kesusahan yang menyempit kehidupan, masih bermurah hati uuntuk menghulurkan sedikit wang kepadaku. Ikhlasnya, aku sangat terharu. Juga terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak kecilku semata2 utk menemuiku walaupun kekalutan dalam bulan Ramadhan ini.Tidak lupa kepada yang memberikan aku kuih raya dan buah-buahan.Disebabkan weight limit, aku terpaksa meninggalkan separuh di rumah.Aku sentiasa mengingati kalian.Kepada nenek (2 org) dan datukku,cucumu mendambakan restu kamu semua.Harapnya semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dilanjutkan usia sehingga kita sempat bersua lagi bila tiba masanya.Diriku hanya insan kerdil dari desa terpencil...
Guru dan cikgu...
'Jika hari ini seorang doktor berjaya menyembuhkan pesakitnya dgn kuasa Allah,....semuanya bermula dari seorang insan bernama guru'..sebuah sajak yang amat menyentuh perasaan tentang jasa guru...kpd semua guru yang telah banyak bersabar dengan kekurangan diri aku, tak kira samada di Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi, Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Maktab Rendah Sains Mara Beseri ataupun di Kolej Mara Banting. Terima kasih kerana bukan sahaja mengajar aku menjadi pelajar yang cemerlang dalam akademik semata2, malah mendidik aku menjadi seorang makhluk yang layak dipanggil manusia..insyaALLAH.jasa kalian terpahat di sanubari.Moga dikurnikan kebahagian di dunia dan akhirat.
Teman-teman sekampungku...Bachok is the Best
Sepenuh hati aku memohon maaf kerna tidak sempat bertemu kamu semua memandangkan cuti tidak kunjung tiba.Perkenalan seawal umur kecilku tetapi tetap utuh sehingga sekarang mmbuatkan aku bersyukur dikurniakan sahabat spt kamu semua...Seorang demi seorang mula melangkah pergi namun kita tetap bersama, meneruskan gelak ketawa sambil bercerita kisah2 lalu yang walaupun sejuta kali diulang, tetap segar dan menggamit hatiku,ikhlasnya...dan bercerita tentang impian masing2 bila dewasa kelak...REALISASIKAN APA YANG DIFANTASIKAN...itulah moto kelas kita masa tingkatan Satu Amanah 1 dulu...InsyaALLAH, harapnya hidup akan menjadi seindah yang diimpikan...kepada Faris, Aisar, Kamal, Syafiq,Haziq,Kimie, Fadila, Hajar, Yunie, Mierah,Shiro,KakWe,Izzati dan Fiefah, terima kasih untuk segalanya.Kepada Zuhairi, pertemuan singkat di tepi pantai lewat petang ramadhan ke22 tidak akan aku lupakan. "aku sedih e bilo mun nok gi..."kata Zuhairi tatkala memeluk aku dengan eratnya..yup, aku pun sedih, tetapi biar jauh di mata dekat di ingatan, itu dah cukup bermakna bagi aku.Aku sangat hargai CD Netter Human Anatomy. Harapnya semua masih ceria seperti sedia kala.Sama2 kita doakan kejayaan kita semua.Salam Raya dari diriku.


Sahabatku di Kolej Mara Banting


Dalam keharuan, aku juga rasa tidak sabar untuk menjejakkan kaki di tempat orang ni.Cita-cita yang dihajatkan semakin hampir walaupun hujungnya masih kabur.Moga dikuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan selama 5 tahun ini.Juga tidak mahu mensia-siakan duit MARA (yang juga duit rakyat)
Rakan-rakan lama dan baru di Ireland
InsyaALLAH kita akan bersama di bumi Ireland for the next 2.5 or 5 years...Harapnya kita akan pulang dengan segulung ijazah dan ilmu di dada utk berbakti. Kepada kawan2 lama, perkukuhkan ukhwah yang sudah lama terjalin..kepada kawan2 baru (dari intec, kyuem, etc..), salam perkenalan.Sama2 berganding bahu menggapai impian yang melangit tinggi...

Sekian sahaja...wassalamp/s: Gagal utk add lagu nih..tetapi masih berminat utk memasukkan dalam entry ni..ikhlas utk teman2 seperjuangan
Teman Sejati
Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
Kepadamu Tuhan
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkanSegala-galanya...
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

8 comments:
Salam!!!
ee, selamat menerbangkan dirimu di langit biru...
semoge slmt smpi ke bumi ireland... :)
jgn lupe bc doa tau!!
wei..
best of lark
n take care..
;)
goodbye is a must for friends to meet again~
all the best..ucapan seterusnya di klia yea...
ko memang lawak la e...
jaga diri ye.maksud aku,sila jaga diri dengan sebenar2nye.behave yourself.
jumpa lagi dalam masa 6 tahun.
ee! take care! ada rezeki bertemu nx yr! jaga aus & tiger elok2. hehe.
Salam.Oit, hamba menunggu khabar tuan hamba dr bumi Ireland nih.Xde lg nih.
salam
ee, jaga diri elok2
aku doakn ko brjya di sna
aku rsa sdey mengenangkn knangan kita suma..
jgn lpakn aku ye.
contact2 la slalu mlalui ym n skype.
slamat ari raya maaf zahir batin.=)
Goodbyes are not forever.
Goodbyes are not the end.
They simply mean we'll always think of you.
Until we meet again!
Go0d Luck~~!! ^^
Post a Comment