Tuesday, June 23, 2009

:.:luahan sebelum pemergian:.:



(LAGU MENEMANI PEMBACAAN)


watak: Pak Chu dan Mak Chu
umur : 63 tahun.

Usia dah lanjut. Badan semakin lemah. Kedut-kedut menghiasi setiap genap kulit muka dan tangannya. Walaupun hanya beberapa bulan aku meninggalkan kampung halaman, Pak Chu banyak berubah. Keadaannya kelihatan uzur benar.Mungkin itu yang dinamakan tua. Rakan-rakannya ramai yang telah dijemput ajal, tak kurang yang terlantar sakit. Mak Chu, walaupun juga semakin dimamah usia, raut wajahnya tetap bahagia. Menemani suaminya, setia! Mak Chu seoranglah yang ada di sisi Pak Chu.

Itulah Pak Chu dan Mak Chu. Pasangan tua di hujung kampungku. Berteduhkan sebuah pondok kecil berbumbungkan zink. Banyak bocornya. Kehidupan yang serba kekurangan. Rumah kayu usang, tiang dimakan anai-anak, dan menunggu roboh sahaja. Sama seperti Pak Chu dan Mak Chu. Namun, selagi hayat dikandung badan, hidup mesti diteruskan, sehingga datang panggilan si pencabut nyawa




Hari demi hari. Pak Chu tidak lagi berlayar di laut. Perahunya tersadar di gigi pantai. Jalanya dihampar. Kekadang disewa kepada anak muda yang masih gagah untuk mencari sesuap rezeki.Tubuh yang makin lemah, khudrat yang kian terbatas, menghalang Pak Chu turun berjuang menempuh ombak mencari hidupan laut.

Mak Chu masih dengan aktiviti hariannya. Pagi-pagi lagi, setelah selesai menyidai kain, akan memberi makan kepada ayam itik kepunyaannya. Riang haiwan-haiwan itu mendapat sisa-sisa makanan yang tak habis. Dan lepas tu akan memetik ulam di batas belakang rumah. Pak Chu suka sekali makan kangkung dan mentimun serta budu.Dimasak bersama ikan goreng atau telur masin. Mak Chu akan duduk di pintu, menunggu Pak Chu pulang dari surau, menunaikan solat zuhur, sebelum menikmati makan tengahari bersama-sama.

Anak-anak Pak Chu dan Mak Chu sudah lama tidak pulang ke kampung. Kerja di kota besar katanya. Tak dapat cuti.Mak Chu suka menceritakan perihal anak-anaknya. Diulang-ulang. Sehingga aku boleh menghafal setiap nama anak-anaknya. Menurut Mak Chu, anak bongsunya telah selamat melahirkan anak ketiganya, Hariz namanya, menjadikan bilangan cucu Mak Chu masuk 11 orang. Namun , tiada satu pun yang Mak Chu sempat sentuh. Anak-anaknya tidak pulang seorang pun. Hanya gambar dikirimkan. Tapi Mak Chu tetap gembira.Pak Chu pula, seringkali diam membisu bila Mak Chu bercerita akan anak-anaknya. Aku heran.Namun, aku juga tidak ingin masuk campur. Hanya mengiyakan segala cerita-cerita Mak Chu.

Satu malam. Setelah pulang solat berjemaah Isya, ku luangkan masa bertandang ke rumah kecil Pak Chu. Entah kenapa. Tetiba terasa ingin melawat.Ingin menceritakan kehidupanku di bumi orang putih. Tapi, melihatkan wajah Pak Chu yang sugul, niatku terbatal. Mungkin masa tidak sesuai, bisik hatiku. Mak Chu kata Pak Chu tidak sihat.Batuk-batuk. Tapi enggan ke klinik desa. Katanya, ini sakit tua. Tiada ubat.

Berbual di tangga bersama Mak Chu, sambil menghirup udara malam, memberikan satu perasaan sayu. Terhidu asap, mungkin kayu-kayu yang masih berbara, yang Mak Chu bakar lewat petang tadi, untuk menghalau nyamuk-nyamuk.Malam ini sunyi benar. Bintang tiada di langit. Hitam gelap. Cuma bunyi serangga yang menyanyi sayup2 menghiburkan. Itulah desa.Tempat kelahiranku.

Tiba-tiba Pak Chu bersuara.

"Nanti, setinggi mana pun kau kerja, ayah dan mak kau jangan sesekali ditinggalkan. Aku tahu, satu hari nanti, kau akan jadi seorang doktor. Aku tahu doktor ni kaya, ada rumah dan kereta besar. Boleh beli macam-macam.Tapi, sekaya mana pun kau, kau takkan dapat beli ibu bapa kau tuh. Mereka amat berharga"


Aku terkesima. Mengapa Pak Chu berkata sedemikian rupa. Kemudian Pak Chu terus berkata-kata...Panjang bicaranya. Seperti khutbah jumaat. Aku hanya diam. Membiarkan dia bercakap sepuas-puasnya. Mungkin itu yang tersimpan di ruang fikirannya.

"Anak-anak aku ramai. 6 orang. Kau pun tahu kenal mereka kan? (aku angguk). Dari kecil aku bela mereka. Bukan senang aku nak sekolahkan semua. Setiap hari aku turun ke laut, menangkap ikan, semata-mata nak membayar yuran sekolah. Kemudian, bila nak masuk universiti, berapa banyak harta tergadai. Setiap ceruk kampung aku bertandang, menagih simpati, meminta seringgit dua, untuk mengumpul duit. Masa itu, aku sangat bangga, anak-anak aku semua masuk universiti. Di kota pula tu.

Akhirnya semua selesai menghabiskan pengajian. Aku pergi ke setiap majlis konvo mereka. Segulung kertas di tangan mereka. Katanya, itulah sijil ijazah. Mereka mahu kerja di bandar. Di negeri lain. Banyak peluang pekerjaan agaknya.

Tahun demi tahun. Sekarang, tinggal Aku dan Mak Chu sahaja di rumah ini. Rumah yang dulu riuh dengan gelak tawa anak-anakku.Anak-anakku hilang satu persatu. Semuanya tinggal di kota. Puas aku menunggu. Cucu pun, walaupun dah 11 orang, tak pernah sorang pun datang mencium tangn aku..Tangan datuk mereja juga. Kekadang, aku tertanya-tanya, di manakah salahku sehingga mereka tidak langsung pulang ke kampung..."

Kemudian Pak Chu diam seketika. Mungkin kerana Mak Chu mencuit paha Pak Chu... Aku melihat Mak Chu menyeka air mata dengan hujung lengan bajunya...Aku rasa tidak selesa dengan suasana ini. Namun, untuk aku mengangkat punggung pulang ke rumahku, mustahil. Ku teruskan mendengar, setelah Pak Chu menyambung. Kali ini suaranya sebak...

"Dalam usia begini, aku mahu anak-anak aku ada di sisi aku.Sepertimana aku berada di sisi mereka waktu mereka masih kecil. Bukan kiriman wang yang aku nantikan. Aku tak perlukan duit. Ayam, itik dan ulam di belakang rumah, cukup untuk isi perut aku dan Mak Chu. Aku nak mereka balik. Aku nak cucu-cucu aku balik.Biar kenal datuk dan nenek mereka. Jelek sangatkah kampung ini? Terasa mewah hidup di kota, sehingga jijik hendak jejakkan kaki ke tempat asal. Aku tau rumah aku ni kecil, usang, tiada kipas, panas, tiada television, tiada peti sejuk, serba kekurangan. Tapi,lupakah mereka, di rumah inilah mereka membesar. Tidak pernah aku menjangka, begini sekali penghujung hidup kami. Bermula dengan hanya aku dan Mak Chu, dan sekarang, tinggal aku dan Mak Chu sekali lagi... Aku tengok Pak Teh (jiran sekampung), anak-anaknya belajar tinggi-tinggi jugak, tapi kerap benar balik. Anak-anak aku...kahwin pun tak bagitau..."

Pak Chu berhenti. Batuk-batuk. Mungkin darahnya naik. Mak Chu yang muncul di muka pintu, mengajak Pak Chu untuk masuk tidur. Aku pun dah ingin beransur. Telah lewat malam benar. Aku berasa pilu dan sedih dengan cerita Pak Chu,namun apa yang harus aku buat. Aku mencepatkan langkahku untuk sampai ke rumahku.


Esoknya, selepas mengamimkan doa selepas solat zuhur berjemaah, imam di surau kampungku, memaklumkan bahawa Pak Chu baru sahaja meninggal dunia. Hanya sebelum masuk waktu zuhur tadi. Katanya Pak Chu sesak nafas ketika sedang mengcangkul batas ulam.Aku terduduk. Badan terasa longlai. Tak aku sangka. Baru semalam berbual dengan arwah Pak Chu. Sungguh benar janji Allah. Jika telah sampai ajal seseorang itu, takkan diawalkan atau ditangguhkan.

Aku berlari mengambil basikalku. Kayuh selaju mungkin ke rumah kecil itu. Setibanya di sana,kelihatan Mak Chu sedang menyiapkan jasad Pak Chu untuk dimandikan.Mak Chu nampak tenang dan bersahaja. Selepas itu, semasa jenazah dimandikan, aku menyapa Mak Chu... ' Mak Chu, sabar yer...' Lantas, tiba-tiba Mak Chu menangis teresak-esak. Baru aku faham, persoalanku membuatkan Mak Chu tak mampu membendung perasaan sedihnya, lantas dia memeluk aku.... 'Mak Chu tak sedih sebab Pak Chu dah meninggal, tapi Mak Chu tersinggung sebab anak-anak tak sempat menatap wajah ayah mereka sewaktu dia masih bernafas'...selepas itu, Mak Chu tak mampu berkata-kata...cuma esakkannya terdengar di bahuku. aku juga turut merasa sedih. Dengan pelahan-lahan, aku mengesat air mataku yang mula bergenang. Anak-anak sudah dihubungi dan mereka sedang dalam perjalanan pulang ke kampung.

Selepas isyak, dalam majlis tahlil, aku melihat ada kanak-kanak di satu penjuru rumah itu. Aku teka, itulah cucu-cucu Mak Chu. Alhamdulillah, balik juga akhirnya walaupun Pak Chu dah pergi. Sekurang-kurangnya,Mak Chu takkan bersendirian.Hatiku sebak. Moga-moga Pak Chu memaafkan ketelanjuran anak-anaknya. Menderhaka kepada ayah dan mak sendiri salah satu dosa besar. Neraka akibatnya. Na'uzubiillah


Aku berdoa...agar aku dan adik beradikku serta ayah dan ibuku, dikekalkan dalam kasih sayang walau di mana sahaja kami berada. Biarlah kisah Pak Chu bersemadi dalam lipatan memoriku, sebagai pengajaran.

Assalamualaikum





Thursday, June 18, 2009

jalan2 sampai umah

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah. Akhirnya selamat sudah tiba di teratak kecil di desa Bachok ini. Huh, tiada banyak yang berubah sejak 9 bulan yang lalu. Cuma pokok mangga yang di tepi dapur rumah sudah ditebang. Dan lembu yang baru. Cam psycho jer aku tengok gaya dia..Haishh..Alhamdulillah.semua sedara-mara sihat.

Dan, spt yang sibuk dibicarakan oleh kebanyakan rakan y balik ke tanah air, ialah PANAS.. Haishh, aku pun tak menafikan kebenaran, tapi insyaALLAH boleh bertahan. Hehe, agak berpusing2 jugak la mencari baju yang nipis dalam almari baju y lama ditinggalkan. Tip yang aku slalu guna bila bilik trasa panas, ialah amek tangga (sbb siling umah aku tinggi) dan sapu bilah kipas... ternyata berhasil..haha,entah pape...


Sblum mengambil flite dari London ke Msia, aku sempat habiskan mase 2 hari di London. Memang mencabar ketahanan mental dan fizikal sungguh. Bertemankan Aus, kami tiba di London Airport (Heathrow) petang 13 hb. Mengenangkan flite kami ke Msia ialah pd 15hb pagi, agak buntu gak la.. Plan asal nak stay kat Msia Hall, tapi disebabkan ada maklumat salah dari seorng kawanku, yang kata kalu nak gi Malaysia Hall, bayar train 50 euro..Aku yang takde pengetahuan pasal UK ni, terus percaya bulat2..Tambah2 lagi dengan ucapan yakinnya 'Mahal gileeeeeeeeeerrrrrrrrrrrrr'...Haishh, lps ni kena siasat dulu. 

Tiba di Heathrow airport, kami terus 'check in' dalam 'hotel' di dalam airport tu sndiri.Banyak tmpat menarik tapi kami pilih side y kurang org.Hehe. Plan nak stay kat airport jer 36 jam tapi belum smpai 2 jam dah rasa bosan.

So 14hb esoknya, terus beli ticket train (underground) one-day, 7.50 pound. Jalan2 di Kota London. Cam tak percaya pun ada.Amat bersyukur sempat juga menjejakkan kaki di sini. Sungguh indah London ni pada pengamatan aku. Jalan2 sambil bawak beg galas y boleh dikatakan more than 10kg..terasa seperti scapulaku winging winging.....haishh...

ok, Let pics describe more... 


Nabil, di London kita terserempak :)


Enjin dalam Tower Bridge


Tower  Bridge mase terangkat


Mengintai anak bulan dari Tower Bridge


Penat mendaki Tower Bridge akibat beg berat di belakang

Tower Bridge, London

Trafalgar Square 

Trafalgar Square


Trafalgar Square -budak2 duk main tepuk2 tangan entah apa2

Trafalgar Square

Performance di Trafalgar Square

London Eye dan Parliament Square 
London of Eye dan Parliament Square 

London Eye
Big Ben
Parliament Square





Taman di sebelah Buckingham Palace

Buckingham Palace (apa y pelik ngn gambar ni?)

Buckingham Palace

Buckingham Palace

Buckingham Palace

Taxi! Taxi!



Coretan di langit


Kalu nak kira, banyak kali gak laa naik turun kapal terbang sblum tiba di Kelantan. DUBLIN-LONDON-DUBAI-BRUNEI-KUALA LUMPUR-PENGKALAN CHEPA-Bachok (bullet train). Apa yang best ialah: 

  1. Penerbangan Royal Brunei memulakan penerbangan dengan bacaan doa
  2. Arah kiblat ditunjukkan di screen hadapan seat sepanjang penerbangan.
  3. Bahasa staf Royal Brunei yang lawak...cam orang Penan gitu...
  4. Pertama kali melihat padang pasir dari flite. Sguh excited.
  5. Signboard bahasa arab di airport Dubai. Teringat bahasa arab y belajar dulu2 time PMR
  6. Signboard bertulisan jawi di airport Brunei.Jelas usaha nak kekalkan tulisan jawi.
  7. Dapat hotel yang best kat Brunei. Orchid Hotel. Tapi tidur jer sebab sgt letih
  8. Perbezaan (dari pandangan atas) London dan Dubai. UK kurg bangunan dan menghijau, Dubai banyak bangunan dan berpasir...
Beberapa gambar bersama Aus dan Yunus, teman sepernebangan. 


Yunus- menerima layanan hebat dari pak arab 

London from sky

Flite reading (sebelum tertidur panjang)

Dubai-sky view

Dubai Airport


Brunei Airport

Bas ke hotel

Keletihan tapi bergaya


Tiba di KLIA
Tiba di Pengkalan Chepa, Kota Bharu

Fuh2...masih jet lag lagi. Kemengantukan yang teramat sangat sekarang. Berehat dulu yer...

Sekian, assalamualaikum wbt.

Saturday, June 13, 2009

Melangkah pulang



Assalamualaikum wbt
Pom pom pak pak pom...
Semangat nak balik memang tidak dapat disembunyikan lagi.
Bangun pagi dah duk senyum2 sebab rasa gembira. Hakhak

Wpun perjalanan agak panjang, tapi insyaALLAH Bachok International City akan ku jejaki jua.
Dah2, takde idea nak tulis apa dah.

Sekian sahaja.Assalamualaikum wbt

p/s: gunakan masa summer sebaiknya :)

Wednesday, June 10, 2009

Semangat!
Semangat!
Semangat!

Ceriakan mood
Ikhlaskan niat buat kerja
Kongsi masalah ngn rakan y dipercayai
Dan gembira2 selalu.

Dah2...
Adios

Saturday, June 6, 2009

Menunggu detik kepulangan :)

Assalamualaikum wbt

Exam JC2 ( 2nd sem) sudah selesai. Alhamdulillah. Tawakkal dan harap yang terbaik dari-Nya. Habis exam tidak bermakna bebas ok (pesanan kepada diri sendiri). Rehat sekejap dan sambung kerja yang banyak tertangguh. Dan ingat, kita sebenarnya sedang menjalani ujian yang lagi besar, selagi mana kita bernafas sehinggalah nyawa ditarik oleh Yang Esa. Tempoh yang diberikan tidak sama namun destinasinya adalah satu- ke alam Baqa.


“Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh...

(An-Nisa:78)


Keputusan ujian jauh lebih bermakna daripada keputusan exam JC 2 ini, yang akan menentukan hala tuju hidup setelah tamatnya riwayat ini Sama2 kita beringat agar tidak alpa dan hanyut.


Mengira detik untuk kembali ke tanah air. InsyaALLAH. Masa 10 hari di Dublin harus digunakan sebaik mungkin. Hahahaha (sempat jugak menjenguk mysoju.com). Ok, indahnya Dublin ini adalah hari-hari telah menjenguk ke dalam musim panas , bumi Dublin tidak pernah sunyi daripada titisan hujan. Dan sejuk.Urm... amannya ...dan terketaq2..


Summer~~~

Semalam, menerima kad jemputan kahwin dari naqibku, Saudara Mufaz. Tahniah diucapkan. Semoga segala perancangan diperkenan Allah dan rumah tangga yang bakal dibina akan disulami keberkatan di dunia dan akhirat. Tahniah juga kpd sahabat2 y lain- Faisol, Waqi dan sesiapa jua. Kepada Aus, giliran anda akan tiba jua. Ko memang handsome (ok, aku dah tunaikan permintaan ko). Juga diucapkan selamat kembali ke tanah air kepada doktor2 graduan Royal College of Surgeons Ireland dan University College Dublin. Tabur bakti dan jasa di tanah air pulak.


Kegembiraan dikongsi bersama


Yang berkenaan


Excited first time terima kad jemputan


Muktamar PAS ke-55 semalam menyaksikan beberapa jawatan telah menerima penyandangnya, samada baru ataupun penyandang y sama dari sesi lepas. Sesiapa pun, moga misi dan visi memperjuangkan Islam akan dikurniakan kejayaan dan teguh dalam mengharungi cabaran dan rintangan. TAKBIR.


Sesi Deen Intensive Dublin telah bermula. Tahun ini seorang Sifu dari bumi Ambia telah didatangkan khas, untuk mengupas Kitab Safinatunnajah, iaitu sebuah kitab asa Fekah. Entah kenapa, raut wajah Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree ini ada serupa sahabatku, iaitu Fayadh Al-Farisi (keturunan Parsi katanya).Dan sesi pertama hari ini berjalan dengan lancar.


Plan dah baik dah. Habis DID tengahhari ini, nak pergi beli souvenir untuk family. Walaupun awan masih setia dan bersungguh-sungguh memuntahkan hujan (dengan izin-Nya), aku dan Aus nekad bershopping ari ini. Carrols Irish Gift Shops bakal dikunjungi. Strategi pertahanan-BELI PAYUNG, walaupun aku sndiri meragui berapa jamkah payung ini mampu bertahan, dalam angin sekencang 137mph (hiperbole). Meneruskan perjalanan dalam hujan merupakan satu yang menarik, berjuang dengan angin yang sepoi-sepoi taufan, lembut membelai pipi ( cam nak tercabut pipi)... Tangan pucat takyah nak kata la. Nasib baik tak kena peripheral cyanosis jer. Dan keraguanku terjawab apabila tanggal minit ke 27 (anggaran) selepas keluar dari Dunnes Store, payungku cedera parah, akibat menerima sapaan angin yang boleh kukatakan agak kasar. Hampeh. Terus badmood nak shopping. Ajak Aus balik rumah. Kita shopping lain kali. Di hari yang cerah (bila yer?).Tetiba terfikir, mesti ada hikmah-Nya cuaca ari ni yang mana aku dan aus tak tau.


Diwajibkan atas kamu berperang , padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci . Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu ; ALLAH mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui .

Al-baqarah ayat 216





Sempah singgah di Butlers jap menikmati White Hot Chocolate. Sejuk2 minum tuh memang meriangkan. Terasa diri agak boros. Tapi takpe, Aus bayar (Jap Aus, ko belanja kan?)...



Dah banyak membebel. Mungkin boleh kongsi sebahagian apa y belajar ari ni di DID. Iaitu mengenai baligh atau disebut puberty oleh ahli kampungku. Terdapat 3 tanda seseorang itu mencapai umur baligh.Menurut kitab yang dikupas,


--Mencapai umur 15 tahun bagi yang lelaki mahupun y perempuan. Dan umur 15 tahun ini dihitung menggunakan kalendar hijrah, tepat2 dari tarikh kelahirannya. Maksud kata walaupun seseorang itu takde tanda2 baligh yang lain, contohnya kitaran haid, apabila telah sampai umur 15 tahun, maka dirinya dikira baligh. Dan segala hukum ke atasnya adalah hukum ke atas seseorang yang baligh. Hal ini lebih jelas untuk perempuan2 Islam yang tinggal di Iceland yang mana purata umur ppuan mengalami haid yang pertama ialah pada umur 18 tahun.Dan berdasarkan hukum ini, dia dah kira baligh sejak umur 15 tahun lagi. Ingat-15 tahun.


--Mimpi basah, samada lelaki atau perempuan, di umur 9tahun dan ke atas . Mimpi basah di sini merujuk kepada keluarnya air mani, tanpa mengira samada tidur atau terjaga, sengaja atau tidak. Maksud kata jika seseorang itu terkeluar air maninya sebelum umur 9 tahun, dia tak dikira baligh lagi. Rasanya yang ni jelas kot.


--Didatangi haid bagi perempuan pada umur lebih kurang 9 tahun dan ke atas. Maksud kata jika seseorang kanak-kanak perempuan itu didatangi sindrom pendarahan yang seolah-olah haid, namun jika dia masih tidak mencapai umur 9 tahun, maka itu tidak dikira haid dan dia boleh melaksanakan apa-apa yang diharamkan kpd perempuan yang di dalam haid, seperti solat dan puasa.


Sekian sahaja dulu, jika ada kesilapan maklumat, mohon dikhabarkan...


Assalamualaikum wbt

Tuesday, June 2, 2009

Jika dapat...

Jika dapat kulafazkan 
padaMu ya Allah;

HambaMu ini dalam kesusahan...
Dalam ketakutan
Dalam kegelisahan
Tiada apa yang dapat membantunya
Melainkan kasih sayangMu..

Ya Al-Ghaffar, Kau ampunilah dosanya
Ya Ar-Rahim, Kau tunjukkan kasihsayangMu kepadanya
Ya As-Sami', Kau dengarkanlah rayuan hatinya...
Ya Al-Muhaimin, Kau peliharalah segala urusannya
Ya Al-Alim, Kau kurniakan ilmu pengetahuan kepadanya
Ya Al-Mughni, Kau tenteramkahlah jiwanya
Ya Al-Mujib, Kau perkenankanlah impian hambaMu ini dan impian sahabat2nya

HambaMu ini bersaksi tiada tuhan selain Allah
dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Jika dapat ku lafazkan Ya Allah
Segala lafaz yang tersimpan...

Saturday, May 23, 2009

.:. .:. .:. .:.